BIDANG SAINS ITU BOSAN!!! Bidang Sains Bukan Lagi Bidang Yang Stereotaip!

0
677

Sebut sahaja bidang pengajian sains, ramai antara kita akan mempunyai stereotaip tentang betapa bosannya hidup terbelenggu mengadap banyak fakta yang perlu dihafal. Kadangkala apa yang mereka hafal belum tentu difahami.

Tetapi anda jangan silap. Bidang sains terutamanya bidang perubatan akan membolehkan anda menjadi seorang hero. Bidang perubatan membolehkan anda mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat dari aspek penjagaan kesihatan.

stereotaipAnda juga disamping itu boleh memupuk rasa syukur tentang betapa mahalnya nilai sebuah nyawa dan kesihatan kurniaan tuhan. Bukan setakat itu, ada juga mampu memupuk rasa kemanusiaan yang tinggi melangkaui batasan kaum dan agama.

Bagaimana pula dengan seorang doktor haiwan? Bidang ini sebenarnya mencetuskan kontroversi bagi umat Islam namun kita boleh melihat bidang ini dari sudut positif.

Bidang ini sbenanarnya tidak memberikan masalah sekiranya umat Islam diberikan pendedahan khusus mengenai cara pengendalian haiwan yang haram kerana setiap perkara yang sukar ada ruksahnya.

Ini membuktikan bahawa agama Islam agama yang mudah diamalkan jika cukup ilmunya.

Berbalik kepada bidang veterinar, ini adalah bidang dimana anda boleh berjumpa dan menambahkan pengetahuan tentang haiwan baik dari segi fizikaliti mahupun behavior sesuatu haiwan.

Bidang farmasi adalah bidang yang membolehkan anda mengkaji dan mengenali fungsi bahan kimia dalam ubat dengan lebih mendalam. Pemahaman yang mendalam membolehkan anda menggunapakai ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian terutamanya ubat-ubatan.

Menarik bukan? Bukan semuanya bosan. Ada juga menariknya bidang sains ini jika kita perhalusi dan lihat secara mendalam.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

 

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here