Pengasas produk Jamu Susuk Dara (JSD), Hanni Borhan telah mengadakan majlis pelancaran produk supplement kesihatannya semalam. Majlis itu diadakan di Sunway Putra Hotel telah dihadiri oleh pengedar dan stokis produk JSD.

Pelancaran produk itu walau bagaimana pun telah dikecam oleh beberapa pendakwah bebas negara yang mendakwa telah menjemput mak nyah atau pondan ke majlis itu untuk membuat persembahan.

Pendakwah bebas, Mohamad Amirul Amin Maula atau PU Amin telah mengeluarkan kenyataan di lama facebook beliau mengecam tindakan pengasas JSD yang dikatakan tidak sensitif dengan situasi semasa.

Jamu
PU Amin dalam kenytannya mengecam majlis pelncrn JSD kerana kehadiran pondan.

Pelancaran produk itu turut dimuat naik ke laman Facebook Hanni Borhan sendiri yang terdiri daripada beberapa video. Dalam video tersebut jelas kelihatan beberapa orang mak nyah sedang mengadakan persembahan di atas pentas.

BACA JUGA :   Lengkapkan Rutin Penjagaan Wajah Anda Dengan Produk Ni!

Hanni Borhan sendiri dalam beberapa komen di facebook beliau mengatakan beliau tidak mengetahui bahawa pondan-pondan tersebut menjadi sebahagian dripada mjlis tersebut.

Beliau turut mengatakan bahawa tidak mempersetujui keputusan untuk membawa masuk pondan-pondan tersebut ke dalam majlis beliau. Selain daripada persembahan tersebut, pengacara majlis untuk acara berkenaan juga dikatakan seorang transgender.

Hanni Borhan menjelaskan keadan dalam Facebooknya.

Dakwanya lagi, ini merupakan satu kesilapan di peringkat pentadbiran kerana beliau sendiri tidak mengetahui penglibatan mak nya dan pondan dalam majlis tersebut.

Ini bukanlah kontroversi pertama yang dicetuskan oleh wanita yang berasal daripada Klang, Selangor itu. Sebelum ini, dia dikatakan menghadapi masalah rumah tangga bersama suami sebelumnya.

Sejurus itu, beliau mengasaskan produk berasaskan jamu, Jamu Susuk Dara namun sekali mencetuskan kontroversi apabila produk keluarannya dikatakan mengandungi bahan berbahaya.

BACA JUGA :   Lengkapkan Rutin Penjagaan Wajah Anda Dengan Produk Ni!

Produk-produk yang disyaki mengandungi bahan berbahaya seperti:

  1. Coklat Love Habibi, CLH

Disahkan oleh badan farmasi mengandungi ubat metformin yang mana pengambilan tanpa kawalan dan pemantauan doktor akan memudharatkan pengguna.

2. Susuk Kekal Dara, SKD

Produk ini tidak berdaftar. Ia telah menyebabkan berlaku lekatan yang teruk dalam kemaluan seorang pengguna hingga menyebabkan beliau terpaksa dirawat di hospital

Selain itu, pemasaran produk keuaran beliau juga dilihat agak melampau serta unsur sensual yang agak keterlaluan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here