Anda bergiat aktif dalam bisnes online? Anda pasti selalu menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda. Antara masalah utama yang anda hadapi adalah followers yang tidak ramai walaupun anda telah follow beribu-ribu orang dalam satu masa.

Kali ini, Team Deenamik ingin berkongsi beberapa tip penting untuk anda tambah followers IG Shop anda tanpa perlu follow orang yang ramai.

#1. Minta jasa baik rakan rapat

followers
Minta rakan baik untuk follow IG Shop anda.

Apa gunanya ada ramai kawan kalau bukan untuk membantu anda dan juga bisnes anda? Perkara pertama yang kena buat adalah minta jasa baik rakan rapat anda untuk follow IG Shop anda.

Rakan-rakan anda pasti tidak mempunyai kekangan untuk follow akaun perniagaan anda sebagai tanda sokongan terhadap rakan mereka.

#2. Bina hashtag yang power

followers
Contoh hashtag yang agak top di laman sosial Instagram. Kredit foto: https://blog.iconosquare.com

Semasa mempromosikan produk anda, pastikan anda membina hashtag yang power dan mudah untuk dijejaki. Kebanyakan usahawan masa kini mempunyai berpuluh-puluh jenis hashtag untuk memudahkan bakal pelanggan menjejaki mereka.

Cuba bayangkan, dalam berpuluh-puluh hashtag untuk bisnes anda, takkan lah tiada satu pun yang terlekat dan dijejaki oleh pelanggan di luar sana. Namun begitu, pastikan hashtag yang anda gunakan ada kaitan dengan post iklan agar ianya tidak tersasar jauh.

BACA JUGA :   Pelawak terkenal menang pilihan raya presiden di Ukraine

#3. Buat giveaway

followers
Contoh caption giveaway. Kredit foto: https://me.me

Giveaway merupakan perkara yang sangat disukai oleh semua orang. Cuba buat giveaway sekali sekala untuki menarik perhatian orang ramai. Namun, buatlah ikut kemampuan dan jangan begitu taksub buat giveaway sampai sale tak masuk.

Selain boleh mendatangkan sale untuk anda, giveaway juga membolehkan anda menerima followers baru dengan begitu mudah.

#4. Post pada waktu puncak

followers
Kenal pasti bila waktu orang ramai berkeliaran di laman sosial mereka

Posting yang dibuat dengan begitu kerap tidak akan mendatangkan faedah jika tidak dibuat pada masa yang sesuai. Cuba kenalpasti pada masa bilakah pengikut anda berkeliaran di Instagram mereka.

Anda boleh cuba untuk membuat posting sebanyak 5-6 kali dalam sehari, contohnya waktu yang berikut mungkin masa terbaik orang awam berkeliaran di laman sosial mereka:

  • 8.00-8.30 pagi: Masa puncak orang pergi ke pejabat, mungkin menghadapi kesesakan lalu lintas
  • 10.00-11.00 pagi: Masa santai bagi orang yang tidak bekerja, pelajar yang baru habis kuliah dan sebagainya
  • 1.00-2.00 petang: Lunch hour bagi mereka yang bekerja
  • 5.00-6.00 petang: Waktu puncak  untuk seseorang yang pulang dari pejabat
  • 8.00-10.00 malam: Waktu santai sebelum tidur
BACA JUGA :   Saksi kata terima kontrak pertahanan bernilai RM2.5 juta dari Habibul

#5. Ambil kesempatan terhadap lambakan Instafamous

followers
Antara Instafamous yang lebih popular daripada selebriti tempatan

Cuba guna khidmat Instafamous yang semakin hari semakin banyak ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Instafamous terdiri daripada individu yang mendapat perhatian daripada orang awam dan mempunyai pengikut yang sangat ramai.

Anda hanya perlu laburkan sedikit modal untuk golongan Instafamous ini membuat paid review untuk produk anda. Kesannya, anda bukan sahaja mendapat sale yang tinggi tetapi juga followers yang ramai dalam tempoh masa yang singkat.

#6. Like dan tinggalkan komen pada akaun Instagram orang lain

followers
Komen pada akaun IG orang lain dalam bentuk puji-pujian atau menggunakan emoji yang menarik. Kredit foto: http://nikainaa.blogspot.com

Jangan lupa untuk selalu like dan tinggalkan komen pada akaun IG orang lain. Hal ini boleh menyebabkan mereka berasa laman sosial mereka sentiasa menjadi perhatian anda, dan tergerak hati untuk melawat dan follow IG Shop anda. Secara tak langsung, mereka mungkin berminat untuk membeli produk anda.

Anda digalakkan untuk mencuba tip-tip di atas agar followers Instagram dan sale anda semakin meningkat dari masa ke semasa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here