Misteri kehilangan pesawat MH370 yang berlaku 4 tahun lalu akhirnya telah dinokhtahkan di dalam sebuah laporan setebal 495 muka surat pada 30 Juali 2018 (semalam). Namun, sebab utama pesawat tersebut hilang masih menjadi persoalan dan tidak berjaya dibuktikan oleh pasukan penyiasat.
Hal itu sekali gus mendatangkan kekecewaan dan mencetuskan kemarahan ahli keluarga kepada 239 mangsa yang terlibat. Rata-rata mereka berang kerana laporan tersebut tidak menjelaskan penemuan baru dan tidak menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan sebelum ini.

Menurut Kok Soo Choon, ketua kepada pasukan penyiasatan keselamatan MH370, sebab sebenar kehilangan pesawat itu hanya akan dapat dijawab setelah serpihan-serpihannya berjaya ditemui.
Banyak pihak mengemukan teori-teori tentang proses kehilangan MH370. Antaranya termasuklah kegagalan sistem, mekanikal , masalah perilaku juruterbang serta berlakunya rampasan kawalan ke atas kapal terbang tersebut.
Di dalam laporan akhir, pasukan penyiasatan membuat kesimpulan bahawa laluan pesawat MH370 telah ditukar secara manual sebelum hilang dari radar. Laporan itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada individu lain yang telah menukar laluan itu selain juruterbang.
Bagaimanapun, pasukan penyiasatan mendapati juruterbang dan pegawai penerbangan yang terlibat tidak mempunyai masalah peribadi yang menjejaskan keupayaan mereka untuk mengendalikan pesawat.
Hasil siasatan juga mendapati pesawat itu tidak mempunyai masalah teknikal sebelum diterbangkan. Justeru, ini mencetuskan tanda tanya kenapa laluan MH370 bertukar secara tiba-tiba.
Kehilangan MH370 mencetuskan misi pencarian kapal terbang yang terbesar dalam sejarah penerbangan dunia. Tiada hasil penemuan berjaya dilakukan meskipun kerja-kerja pencarian sudah dilakukan sejauh 120,000 kilometer di Lautan Hindi yang diketuai oleh negara Australia.
Setelah kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran negara, misi pencarian MH370 secara rasminya ditamatkan dan hanya akan disambung sekiranya terdapat bukti-bukti baru yang kukuh.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels