Manusia sememangnya telah dicipta secara berpasang-pasangan. Tidak dapat dinafikan, kita sendiri memerlukan pasangan untuk saling melengkapi dan mencapai keharmonian hidup.

Begitu juga dengan Pengasas Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), Ustaz Zawawi dan Ustazah Hazlina merupakan pasangan yang saling melengkapi dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Ustaz Zawawi, salah seorang calon PRK Sungai Kandis, tidak menafikan bahawa isterinya, Ustazah Hazlina binti Abdul Razak merupakan individu yang sentiasa ada bersamanya dalam keadaan susah mahupun senang.

Mereka yang dahulunya telah berkenalan ketika sama-sama menuntut pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir, telah mendirikan rumah tangga dan kini memperoleh lima orang cahaya mata.

Memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor, sekaligus menjadi pengetua Maahad Tahfiz al-Fateh, Jalan Kebun meletakkan beliau sebagai seorang yang agak sibuk dengan urusan kerja.

Namun begitu, Allah mengurniakan beliau seorang isteri yang sangat memahami dan sentiasa ada bersama beliau pada setiap masa.

Dalam satu sesi temubual bersama Ustazah Hazlina di DARWA, meskipun tidak pernah bersua muka, kepetahan dalam berkata-kata membuatkan semua orang selesa apabila berbual dengannya.

BACA JUGA :   Ustaz Zawawi Mughni: Calon PRK Sungai Kandis 'Diam-Diam Ubi Berisi'

ustaz zawawi

Buat masa ini, beliau menguruskan sepenuhnya Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita, Darul Wardah.

Mengakui banyak cabaran yang datang semasa menguruskan rumah perlindungan tersebut, namun semua cabaran tersebut dapat diatasi bersama-sama dengan izin Allah kerana itu lah visi dan misi kedua-dua pasangan suami isteri ini semasa penubuhan awal Darul Wardah.

ustaz zawawi
Ustazah Hazlina bersama beberapa orang penghuni DARWA

“Jika mereka tiada masalah, takkan lah mereka datang ke Darul Wardah, betul tak? Dan tujuan kami memang untuk membantu dan mendidik mereka yang bermasalah.”

Hadir daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, Darul Wardah kini mempunyai 25 orang penghuni. Ustazah Hazlina menguruskan rumah perlindungan tersebut bersama beberapa orang staf lain.

ustaz zawawi
Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita, Darul Wardah, Shah Alam

Beliau mengakui bahawa beliau amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan menyokongnya dalam setiap perkara.

“Kalau Ustazah stres ataupun penat, Ustaz akan suruh Ustazah berehat sehari dua, dan dia akan ambil alih kerja Ustazah, walau dia sibuk macam mana pun.”

Disenangi oleh penghuni DARWA

Penemuan kami dengan beberapa orang penghuni Daruh Wardah, rata-rata mereka mengakui bahawa Ustaz dan Ustazah sangat penyayang dan melayan mereka seperti anak sendiri.

BACA JUGA :   Eksklusif Bersama Ustaz Zawawi Mughni: Daripada Sungai Kandis untuk Sungai Kandis

“Masa kuliah, Ustaz ajar dengan sangat jelas. Kalau kami tak faham, Ustaz selalu bantu untuk fahamkan kami semula.

Kalau jumpa Ustaz ataupun Ustazah di luar waktu kuliah pun, mereka sentiasa layan kami dengan baik dan tak pernah membeza-bezakan kami.”

 

ustaz zawawi
Sebahagian daripada penghuni DARWA ketika sesi kuliah

Ditanya bagaimanakah penerimaan mereka sekiranya Ustaz Zawawi menang dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini, mereka bersyukur kerana Sungai Kandis akan memperoleh seorang pemimpin yang benar-benar layak.

“Kalau Ustaz menang, kami pun tumpang gembira. Kami faham kalau Ustaz dah makin sibuk sampai akan jarang ada masa untuk ajar kami dalam kuliah, tapi kami masih berharap sebulan sekali Ustaz dapat jenguk kami di sini”, jelas Mimi, salah seorang penghuni paling lama di Darul Wardah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here