Jika dulu Janna Nick dihentam teruk oleh netizen kerana memberi komen terhadap tubuh model antarabangsa, Ruby Rose yang disifatkan sebagai ‘body shaming’, kini giliran Faezah Elai pula.

Sabtu lalu, Fazura tidak menghadirkan diri ke Anugerah Telenovela 2018 yang diacarakan oleh Faezah Elai. Fazura telah menghantar wakil bagi pihaknya untuk menerima trofi kemenangan.

Faezah Elai

Walaubagaimanapun, suasana ceria majlis agak terjejas setelah pengacaranya, Faezah Elai secara berseloroh mengatakan bahawa tubuh wakil tersebut sama dengan Fazura setelah beranak lima nanti sambil disambut gelak tawa penonton.

Dengan penuh rasa tegas, Fazura menjelaskan bahawa menjadikan tubuh badan seseorang sebagai bahan lawak adalah suatu perkara yang kurang cerdik dan menjatuhkan imej seseorang.

Faezah Elai

Fazura menegaskan bahawa jika diluar negara tindakan pengacara tersebut berkemungkinan menyebabkan rancangan disekat dan penyiaran ditamatkan.

BACA JUGA :   Body Shaming Adalah Jenayah : Denda RM50,000 & Penjara Setahun

Yang menjadi masalah apabila hadirin juga turut sama mentertawakan wakil Fazura. Ini menunjukkan bahawa ramai juga yang tidak sensitif   dengan hal yang berkaitan tubuh badan.

Faezah Elai

Wanita malang tersebut dikatakan mengalami kemurungan dan ekoran itu tindakan itu lawak sedemikian seharusnya dipandang serius.

Dalam pada masa yang sama jika dilihat dari konteks terbuka, Faezah Elai tidak sepenuhnya bermaksud untuk mengecam bentuk tubuh wakil Fazura.

Faezah Elai

Gurauan tersebut lebih bermaksud untuk mengatakan bahawa wakil tersebut menggambarkan perubahan Fazura kearah yang lebih baik pada masa akan datang.

Dalam hal ini boleh dilihat bahawa terdapat kegelinciran dari kedua-dua belah pihak berlaku apabila satu pihak bergurau pada masa yang salah dan sebelah pihak lagi tidak dapat melihat sisi positif dalam nada gurauan pihak yang lagi satu.

BACA JUGA :   Abang Fazura Jadi Wali Untuk Pernikahan Mereka, Adakah Benar Atau Tidak?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here