nombor plat malaysia

Bidaan untuk mendapatkan nombor plat Malaysia bagi kenderaan-kenderaan Malaysia kini dibuka bermula semalam (1 Ogos) sehingga 15 Ogos ini. Harga minimum bagi nombor plat tersebut adalah RM10,000 bagi nombor Malaysia 1 hinggalah Malaysia 10.

Orang awam yang ingin membida nombor berkenaan boleh berbuat demikian di ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri masing-masing. Keputusan pemenang bidaan akan diketahui pada 29 Ogos nanti.

nombor plat malaysia
Jabatan Pengangkutan Jalan

Nombor eksklusif bagi edisi nombor plat ini hanya dikeluarkan dari nombor Malaysia 1 – Malaysia 9999.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kaedah pembidaan adalah dijalankan berdasarkan sistem manual sedia ada. Tiada nombor pendaftaran yang boleh ditempah atau ‘disimpan’ untuk mana-mana pihak termasuklah VVIP sekali pun.

BACA JUGA :   Standard "Tinted" Kenderaan Akan Bermula Tahun Hadapan
nombor plat malaysia
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Walaubagaimanapun, hanya ada satu nombor khas yang disimpan iaitu Malaysia 2020. Nombor berkenaan adalah untuk kegunaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekiranya beliau menolak nombor itu, barulah ia dibuka untuk dibida oleh orang awam.

Tujuan utama bidaan nombor plat Malaysia ini dilakukan adalah untuk menambahkan pendapatan kerajaan. Menurut jangkaan, hasil bidaan akan mampu menjana pendapatan mencecah RM 22 juta. Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal adalah “Patriot 1” yang dijual pada harga RM 1.3 juta.

Jadi bagaimana, ada di antara anda yang berminat untuk membida ke ? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Go-Pro Digunakan Sepanjang Operasi Tahun Baru Cina

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here