Di Singapura, seorang wanita telah dikenakan hukuman penjara dalam tempoh sebulan gara-gara perlakuan kejam terhadap burung kakak tua.
Menurut Pihak Berkuasa Makanan Agrikultur dan Veterinar (AVA), wanita tersebut dihadapkan ke mahkamah setelah didapati bersalah mencederakan seekor burung kakak tua milik anak tirinya sehingga haiwan tersebut terbunuh kira-kira setahun lalu.
Aduan telah diterima oleh pihak AVA tentang kejadian tragis tersebut pada tarikh 6 November tahun lepas.
Menurut laporan siasatan, tertuduh yang bernama Tran Thi Thuy Hang telah memukul burung kakak tua tersebut beberapa kali dengan bersenjatakan kayu penyidai jemuran. Motif wanita tersebut dipercayai kerana dendam disebabkan burung tersebut menggigit pipinya pada hari sebelumnya.
“AVA menyiasat semua maklum balas tentang kes kekejaman ke atas haiwan. Kami akan mengambil tindakan penguatkuasaan jika ada sesiapa melakukan perkara seumpamanya dan akan bertegas untuk hukuman yang setimpal,” ujarnya.-Astro Awani
Mengikut undang-undang yang telah ditetapkan mereka yang pertama kali dihadapkan ke muka pengadilan diatas kesalahan keganasan terhadap haiwan akan dijatuhkan hukuman denda yang boleh mencecah angka $15, 000 ( RM 44, 700 ) atau dipenjara dalam tempoh 18 bulan atau kedua-duanya sekali.
Usaha ini sedikit sebanyak memberi impak positif terhadap hak pembelaan haiwan daripada sebarang keganasan domestik.
Undang-undang sebeginilah yang boleh mengelakkan jumlah statistic penderaan dan kezaliman terhadap haiwan terus meningkat dalam kalangan masyarakat.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels