Setelah 2 minggu berkempen, semua warga DUN Sungai Kandis akhirnya turun untuk membuat pilihan bagi memilih siapakah yang layak untuk mewakili mereka ke Duwan Undangan Negeri Selangor bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga.

Anak tempatan Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berjaya memikat warga tempatan untuk mewakili suara mereka.

Sungai Kandis
Ustaz Zawawi mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecik DUN Sungai Kandis N49 (Sumber gambar: Kosmo)

Ustaz Zawawi telah menewaskan dua lagi calon masing-masing daripada parti Barisan Nasional dan calon bebas dengan majority yang agak besar. Ternyata, strategi PKR mengenengahkan anak tempatan berjaya mengekalkan pengaruh mereka di situ.

Masalah Perparitan Jadi Fokus Utama

Masalah perparitan yang tidak sempurna sudah lama membelanggu rakyat Selangor terutamanya di kawasan Sungai Kandis. jadi, Ustaz Zawawi menjadikan ini sebahagian daripada fokus utama yang ingin cuba diselesaikan.

BACA JUGA :   TNB Kenakan Denda Kepada Sesiapa Mengantung Bendera Parti?

Shah Alam merupakan antara kawasan yang paling maju di Selangor, namun masalah perparitan masih lagi menjadi masalah utama yang masih tidak cuba diselesaikan. Selain daripada isu perparitan, masalah tempat sampah haram juga menjadi tumpuan utama.

Masalah tempat sampah haram juga menjadi tumpuan utama bagi ustaz Zawawi selepas memenangi kerusi DUN Sungai Kandis.

Kredibiliti beliau sebagai seorang kaunselor terlatih dan juga sebagai seorang guru agama telah berjaya menyakinkan seluruh warga Sungai Kandis untuk memilih beliau bagi mengambil aih tugas Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei.

Meskipun beliau dianggap sebagai golongan ‘minoriti’ dalam PKR kerana masih lagi mempunyai pendidikan agama, namun itu bukanlah satu bentuk penghalang untuk beliau mencurahkan bakti kepada rakyat yang te;ah memilih beliau.

Tugasan beliau sebagai seorang pendidik di maahad tahfiz tidak akan dilupakan walau pun selepas ini beliau akan lebih sibuk bersama masyarakat.

BACA JUGA :   Ustaz Zawawi Mughni: Calon PRK Sungai Kandis 'Diam-Diam Ubi Berisi'

Sokongan Keluarga

Di belakang seorang lelaki yang hebat adanya seorang wanita yang sentiasa menyokongnya.

Begitu jugalah dengan Ustaz Zawawi, di sebalik usaha-usaha hebat yang cuba dibawakannya; isteri beliau, Ustazah Hazlina Abdul Razak sanggup untuk bersamanya dan sokongan kepada Ustaz Zawawi tidak pernah putus.

Isteri kepada Ustaz Zawawi, Ustazah Harlina tidak putus-putus memberikan sokongan kepada suaminya.

Segala bentuk urusan di rumah perlindungan yang dibangunkan oleh mereka, Darul Wardah dan maahad tahfiz akan diuruskan oleh Ustazah Hazlina sepenuhnya. Begitulah harmoninya hubungan antara mereka.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Zawawi Ahmad Mughni. Semoga beliau boleh manjadi wakil rakyat terbaik untuk seluruh warga Sungai Kandis.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here