Setiap lelaki di dunia dilahirkan dengan personaliti dan tabiat yang berbeza.

Sama ada anda sedar ataupun tidak, tabiat harian yang anda amalkan mampu menunjukkan anda jenis orang yang bagaimana dan pada masa yang sama mungkin mampu menarik perhatian bagi jantina yang berlawanan dengan anda.

Khas buat lelaki di luar sana, berikut merupakan 5 tabiat simple yang mampu membuatkan wanita di sekeliling tertawan dengan anda.

#1. Tidak merokok

tabiat

Percaya atau tidak, lelaki yang tidak merokok mampu menarik perhatian wanita di sekelilingnya tanpa anda sedari. Boleh dikatakan, tiada wanita yang suka dengan lelaki yang merupakan perokok tegar.

Perokok bukan sahaja membazirkan duit dan menjadikan lelaki tersebut mempunyai bau yang agak kurang menyenangkan, tetapi juga memberikan kesan jangka panjang yang negatif terhadap kesihatan si perokok dan juga manusia di sekelilingnya.

#2. Menjaga kulit

tabiat

Meskipun lelaki jarang mempunyai masalah kulit seperti wanita, mereka yang menjaga kulit muka dipercayai mampu menarik perhatian wanita.

Lelaki yang menjaga kulit muka ini sekurang-kurangnya akan memakai pencuci muka dan juga pelembap pada setiap hari khususnya pada waktu pagi dan juga malam.

BACA JUGA :   Cara-Cara Untuk Meningkatkan Metabolisme Anda

Penjagaan kulit muka yang rapi bukan sahaja membuatkan anda manis apabila dipandang tetapi juga menambah keyakinan dalam diri anda apabila berinteraksi dengan orang.

#3. Bersenam

tabiat

Percaya atau tidak, lelaki yang suka bersenam amat disukai oleh kebanyakan kaum wanita.

Anda tidak perlu menjadi ahli gim yang tegar, namun turun bersenam sebanyak dua kali seminggu berdekatan dengan kawasan taman perumahan anda sudah memadai untuk menjadikan anda sihat.

Bersenam bukan sahaja dapat membuang lemak di dalam badan tetapi juga menjadikan anda bertenaga dan kelihatan sado.

#4. Kelakar dan lucu 

tabiat

Lelaki yang suka berjenaka dan tidak terlalu serius selalunya boleh membuat wanita di sekelilingnya tertawan.

Menurut kajian, wanita lebih menyenangi lelaki yang mudah membuatkan ketawa, tersenyum dan yang lebih penting apabila dapat membantu wanita tersebut melupakan masalah yang dihadapinya.

BACA JUGA :   Cara-Cara Untuk Meningkatkan Metabolisme Anda

Jika selama ini anda seorang yang terlalu serius, ubah sedikit demi sedikit tabiat dan sikap anda jika anda mahu wanita di sekeliling senang dengan diri anda.

#5. Suka akan kanak-kanak dan bayi

tabiat

Percaya atau tidak, wanita di luar sana lebih tertarik dengan lelaki yang suka akan kanak-kanak ataupun bayi.

Perkara ini juga dibuktikan dengan satu kajian dari Perancis, yang mana 40% wanita lebih tertawan terhadap lelaki yang mendukung bayi, bercakap, bermain dan sabar melayan karenah kanak-kanak.

Pada pendapat wanita, anda yang sukakan kanak-kanak mampu menjaga dan melayan karenah anak-anak dengan baik pada masa akan datang.

Demikian sahaja perkongsian dari kami. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada dua daripada ciri di atas, secara tidak langsung anda sudah berjaya menarik perhatian wanita di luar sana tanpa anda sedari.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here