Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini didakwa atas 3 lagi kesalahan korupsi melibatkan syarikat yang mempunyai hubung kait dengan 1MDB iaitu SRC International.
Setiap pertuduhan akan dikenakan denda maksimum RM5 juta dan hukuman penjara 15 tahun atau kedua-dua sekali sekiranya didapati bersalah.
Pendakwaan tersebut dibacakan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur di Jalan Duta. Sejurus pendakwaan, hakim mahkamah iaitu Azura Alwi bersetuju untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi, di mana rayuan akan dikemukakan hari ini.
Najib tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire. Ketibaan beliau disambut oleh lebih kurang 24 orang penyokong. Keadaan keselamatan dikawal rapi dengan kehadiran pegawai polis yang mengawasi kawasan berkenaan.
Pertuduhan terbaru yang dibacakan hari ini adalah berkaitan dengan empat pertuduhan yang dikemukakan ke atas Datuk Seri Najib pada bulan lepas. Beliau dituduh menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima wang rasuah bernilai RM42 juta melibatkan transaksi kepada SRC International Sdn Bhd.
Kes kleptokrasi dan korupsi dana kerajaan melalui 1MDB kini sedang disiasat oleh 6 buah negara termasuklah Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat dan beberapa negara lagi. Jabatan Keadilan US (DoJ) menganggarkan sejumlah $4.5 billion telah digelapkan oleh individu-invididu berkedudukan tinggi dalam 1MDB.
Najib bagaimanapun menafikan dirinya terlibat dalam salah laku itu dan menyifatkan tuduhan-tuduhan berkaitan 1MDB adalah bermotifkan politik.
Apa-apapun, diharapkan agar keadilan dapat ditegakkan dan mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels