Adik beradik merupakan anugerah yang paling bernilai untuk kita. Mereka bukan sahaja kawan bermain dan bergaduh ketika zaman kanak-kanak tetapi juga merupakan sumber kekuatan hidup sekiranya ketiadaan ibu bapa kelak.

Namun begitu, keakraban hubungan adik beradik boleh menjadi hambar apabila semuanya meningkat dewasa, duduk berjauhan serta memiliki keluarga masing-masing.

Team Deenamik kali ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tips yang boleh merapatkan semula hubungan keluarga yang semakin hambar.

#1. Makan bersama

adik beradik

Sekiranya sebelum ini anda dan adik beradik lain jarang meluangkan masa untuk makan bersama, anda disarankan untuk mula rancang makan bersama pada hujung minggu ini.

Semasa makan, bibit-bibit kemesraaan dapat diwujudkan tanpa anda sedari.

Selain itu, cuba amalkan makan di dalam dulang, suap menyuap dan berkongsi lauk kerana ia dapat menggamit kembali memori anda ketika zaman kanak-kanak. Mesti rindu kan?

#2. Sentiasa berhubung

adik beradik

Meskipun duduk berjauhan, itu tidak seharusnya memberi kesan terhadap keakraban hubungan anda.

Sentiasalah bertanya khabar melalui telefon dan sebagainya. Apa gunanya wujud teknologi yang canggih seperti group Whatsapp dan sebagainya kalau bukan untuk berhubung dengan ahli keluarga.

Anda juga boleh berkongsikan apa-apa quotes tentang keluarga di dalam group kerana ia boleh menimbulkan rasa kasih sayang terhadap sesiapa yang membacanya.

#3. Bercuti dan travel bersama

adik beradik

Perasan atau tidak, setelah berkeluarga, anda hanya kerap bercuti dan travel bersama dengan keluarga kecil anda tanpa mengendahkan ahli keluarga lain khususnya adik beradik.

Apa salahnya jika ada rezeki lebih, cuba rancang untuk bercuti dan travel bersama-sama atau mengadakan Family Day.

Jangan lupa untuk merakamkan gambar kenangan kerana peluang untuk bercuti bersama-sama adalah sukar untuk diperoleh.

#4. Bantu adik beradik dalam kesusahan

adik beradik

Apabila meningkat dewasa, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Walau bagaimana pun, cuba ambil tahu sekiranya adik beradik lain sedang menghadapi kesusahan.

Bantu mereka setakat mana yang anda mampu kerana amalan ini dapat merapatkan hubungan diantara anda dengan adik beradik yang lain.

#5. Solat berjemaah

adik beradik

Menurut kajian, solat berjemaah merupakan salah satu amalan yang boleh merapatkan hubungan.

Amalan bersalaman dan meminta maaf selepas solat insyaAllah akan membuatkan hubungan kekeluargaan anda sentiasa dipelihara dan diberkati oleh Allah SWT.

Oleh itu, jadikan amalan solat berjemaah ini sebagai sesuatu yang wajib sekiranya anda dan adik beradik berkumpul bersama-sama.

#6. Memberi hadiah

adik beradik

Semua orang suka apabila menerima hadiah. Seandainya anda berkemampuan, beri sesuatu kepada ahli keluarga anda sempena hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan ataupun apabila mereka berjaya mencapai kejayaan dalam hidup.

Nilai dan harga sesuatu hadiah itu bukanlah ukuran, yang penting ikhlas.

Air dicincang tidak akan putus, itulah perumpamaan yang paling sesuai bagi mendeskripsikan hubungan adik beradik.

Semoga tips si atas dapat membantu anda merapatkan semula hubungan dengan adik beradik yang lain.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here