Tasik Cermin: Tarikan Tersembunyi Di Sebalik Kawasan Kuari

0
2968

Kalau anda menuju ke Perak, anda pasti akan nampak banyak struktur bukit batu kapur tepi jalan di sepanjang lebuhraya, terutamanya jika anda menuju ke Ipoh.

Kebanyakan yang anda akan nampak adalah kawasan kilang kuari bukan? Anda jangan terpedaya.

Disebalik kilang kuari dan struktur batuan tersebut, tersembunnyi sebuah keindahan yang anda sendiri tidak akan pernah jangka.

Di sekitar bandar Ipoh, terdapat sebuah lokasi yang agak terpencil yang dikenali sebagai Gunung Rapat dimana terdapat Tasik Cermin yang cukup dikenali oleh penduduk tempatan.

Terdapat sebuah bukit kuari yang menjadi kawasan takungan air. Anda akan mendapati kawasan disekitar Tasik cermin ini tidak menunjukkan sebarang tanda kewujudan tasik ini.

BACA JUGA :   Taman Di KL Yang Patut Anda kunjungi Hujung Minggu Ni!

Laluan masuk ke kawasan ini dipenuhi dengan kenderaan jentolak dan juga mesin-mesin yang digunakan untuk memecahkan kuari.

Pintu gua yang akan menemukan anda dengan tasik ini memerlukan anda berjalan dalam linkungan jarak berukuran jarak 50 meter.

Walaupun jalan agak gelap, anda jangan risau kerana masih ada jumlah cahaya yang masuk dari pintu hadapan.

Anda boleh bersantai dengan teman-teman di pelantar buatan sambil ditemani suasana sunyi dan cukup menenangkan.

Air tasik ini memantulkan kawasan sekeliling sekali gus mencipta panorama yang sangat cantik.

Jadi, bagi pencinta kedamaian dan ketenangan bolehlah berkunjung ke sini untuk menikmati suasana santai di sekitar tasik ini. Selamat berhujung minggu!

BACA JUGA :   Taman Di KL Yang Patut Anda kunjungi Hujung Minggu Ni!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here