Mereka yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an pasti kenal dengan tokusatsu yang berasal daripada Jepun. Tokusatsu? Kalau anda tak arif dengan istilah ni, mungkin istilah Kamen Rider akan lebih dikenali.

Selepas menonton mana-mana siri Kamen Rider, mesti aka nada yang berangan untuk jadi sehebat Kamen Rider idaman dengan sut yang ‘badass’ dan gagah.

Sehingga ke hari ini, sudah terdapat 19 buah siri kamen rider daripada era Heisei. Pengaruh Kamen Rider itu begitu kuat ke seluruh dunia hingga berjaya membina kelompok peminat tersendiri yang fanatik.

Mohd Sany Zainal, orang yang cuba merealisasikan siri tokusatsu pertama Malaysia. (Sumber gambar: Berita Harian)

Kalau di Malaysia, ada satu usaha daripada anak tempatan untuk mencipta sebuah siri tokusatsu yang berasaskan ciri-ciri Melayu. Usaha ini digiatkan oleh Mohd Sany Zainal, pengasas Heroes Studio Art.

Asalnya Sekadar Suka-suka

Pada mulanya, idea untuk Adiwira Adiperkasa ini hanyalah sekadar lakaran yang dinaikkan di laman Facebook milik beliau. Namun selepas itu, ramai yang berminat untuk melihat idea mentah untuk direalisasikan ke layar sebenar.

BACA JUGA :   Masa Bekerja Adalah Fleksibel, Daftar Segera Sebagai Safer Delivery Partner & Driver.
Poster bagi siri Adiwira Adiperkasa. (Sumber gambar: Facebook Heroes Studio Art)

Atas sokongan beberapa orang sahabat, beliau cuba untuk menjual ideanya bagi mendapatkan dana. Antara usaha awal beliau adaalah dengan menubuhkan Heroes Studio Art bagi merealisasikan idea tersebut.

Pupuk Semula Jati Diri Melayu Dalam Jiwa Kanak-kanak.

Konsep utama pada sut Adiwira Adiperkasa ini adalah pendekar Melayu. Sut Adiperkasa ini dilengkapi dengan senjata utama iaitu Kris Sakti. Sut Adiperkasa ini juga memasukkan tengkolok pada sut tempur.

Tengkolok merupakan antara unsur Melayu yang dimasukkan dalam sut temput dalam siri Adiwira Adiperkasa ini. (Sumber gambar: Pictame)

Seni mempertahankan diri Melayu, silat turut dimasukkan dalam koreografi pertarungan. Selain daripada agak menarik dan terautru, ia boleh memperkenalkan lagi budaya Melayu yang agak terpinggir kerana kurang didedahkan.

Cerita ini mengisahkan tentang Qhay yang mewarisi Zirah Utama Adiperkasa yang membolehkan pemakainya menumpaskan kuasa jahat purba yang cuba untuk mencetuskan huru-hara, Sang Borra.

Qhay turut dibantu oleh ayahnya, Qhaz yang memiliki Zirah Proto Tiga yang mempunyai kuasa yang sama seperti Zirah Utama Adiperkasa. Mereka berdua bernaung di bawah organisasi Laksamana yang membantu membanteras kuasa jahat.

BACA JUGA :   Zahid Serahkan Kuasa Kepada Tok Mad Hassan Untuk Memimpin UMNO

Episod Pilot

Untuk membolehkan siri ini diproduksikan, Heroes Studio Art telah menghasilkan sebuah pilot episode untuk ditunjukkan kepada produksi televisyen. Dana yang digunakan untuk menghasilkan pilot episod ini merupakan hasil daripada ‘crowfunding’ di media sosial.

Tak banyak usaha bagi mengenengahkan budaya Melayu menggunakan medium popular seperti siri tokusatsu macam ni. Kalau siri ini mampu ditayangkan di Malaysia, ia mungkin boleh menjadi penunjuk industry seni Malaysia makin ke depan. Kan?

Untuk tidak terlepas mengenai siri ini, bolehlah like page Facebook Heroes Studio Art.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here