Kredit foto: Instagram: mfmirafilzah

Jika dulu, selfie sangat popular dalam kalangan masyarakat. Pendek kata, dalam sehari kalau tak selfie memang tak sah. Kini, Outfit of The Day (OOTD) pula yang menjadi pilihan kebanyakan masyarakat baik lelaki mahupun wanita.

Ia sangat popular dalam kebanyakan media sosial, khususnya Instagram.

Ia mula dibuat oleh kebanyakan artis dan selebriti popular baik dari dalam mahupun luar negara, diikuti dengan lambakan instafamous dan kini masyarakat biasa juga sering melakukan OOTD dalam kehidupan seharian.

ootd

Namun begitu, pernahkah anda merasakan bahawa gambar OOTD anda kelihatan kurang menarik walaupun anda telah berusaha sebaik mungkin untuk beraksi di hadapan kamera?

Jangan risau! Team Deenamik kali ini ingin berkongsi kepada anda tentang tip yang wajib anda cuba untuk mendapatkan OOTD yang sempurna!

#1. Posing secara natural

ootd
Kredit foto: Instagram: mfmirafilzah

Disebabkan anda terlalu berjaga-jaga untuk mendapatkan gambar yang cantik, segala pergerakan dan gaya posing anda dikawal, lalu terhasillah gambar yang kurang menarik seolah-olah anda kelihatan seperti ‘terpaksa’ beraksi di hadapan kamera.

Cuba tenangkan diri dan beraksi santai kerana itu akan menjadikan OOTD anda semakin perfect persis model profesional! Tak percaya? Tengok OOTD dari artis kecil molek dan cantik di atas. Banyak kali tengok pun tak jemu.

#2. Cari cahaya matahari

ootd
Kredit foto: Instagram: i_nurlynnazureen

Sering lihat orang lain OOTD dengan cahaya matahari dengan caption ‘sunkissed’? Itu adalah teknik OOTD yang paling sempurna yang wajib anda cuba!

Cuba cari cahaya matahari yang tidak terlalu terik seperti pada waktu pagi ataupun petang.

Cahaya semulajadi dari matahari akan membuatkan OOTD anda kelihatan cantik sehingga tidak jemu dipandang mata.

BACA JUGA :   Solusi Hilangkan Kedutan Di Pakaian Tanpa Seterika

#3. Senyum seolah-olah hati sedang berbunga

ootd
Kredit foto: Instagram: mfmirafilzah

Perasan atau tidak, senyuman yang lahir daripada hati yang gembira lebih manis dipandang berbanding dengan senyuman yang dizahirkan secara terpaksa?

Tidak kira apa pun perasaan anda ketika beraksi di hadapan kamera, tolong senyum! Cuba bayangkan seolah-olah hati anda sedang berbunga-bunga dan lupakan masalah yang ada walaupun hanya sebentar.

Sama ada anda pandang tepi, bawah ataupun atas, jangan lupa untuk senyum, ya!

#4. Guna background yang plain

ootd
Kredit foto: Instagram: i_nurlynnazureen

Latar belakang yang plain akan menjadikan gambar yang terhasil seolah-olah hanya fokus kepada anda seorang sahaja!

Nampak saja dinding bangunan, padang, pemandangan langit yang membiru, cepat-cepat keluarkan kamera ataupun handphone anda.

Namun begitu, latar belakang yang tidak plain juga boleh digunakan,  asalkan jangan terlalu crowded dengan macam-macam elemen sampai diri anda pun tenggelam. Tengok gambar salah seorang instafamous Malaysia di atas, alahai cantiknya!!

#5. OOTD di luar rumah

ootd
Kredit foto: Instagram: i_nurlynnazureen

Kalau nak OOTD dengan gambar yang jelas dan pencahayaan yang menarik, OOTD lah di luar rumah anda. Ehhh, kenapa ya? OOTD dalam rumah tak boleh ke?

Bukan tak boleh, cuma pencahayaan di luar rumah serta kombinasi elemen semula jadi mampu menjadikan OOTD anda lebih sempurna dan bersifat elegen.

Tak percaya? Tengok gambar di atas.

#6. Beri gaya yang berbeza

ootd
Kredit foto: Instagram: fizafizz_

Tolong! Kalau tak mahu orang cepat-cepat beralih kepada gambar lain setelah melihat gambar anda, ubah gaya anda beraksi di hadapan kemera.

Bukan apa, kalau dah 10 kali anda beri gaya yang sama (walaupun dengan pakaian yang berbeza), anda akan membosankan sesiapa sahaja yang melihat gambar anda.

BACA JUGA :   Nampak Cantik Dengan Gaya Pose OOTD Yang Sesuai Dan Menarik

Seolah-olah hanya satu gaya sahaja yang anda boleh buat ketika OOTD. Buat gaya berbeza sebanyak mana yang mungkin agar sesiapa sahaja yang melihat OOTD anda pasti akan berasa cemburu.

#7. Kenalpasti angle paling menarik dalam diri anda

ootd
Kredit foto: haniszalikha

Sedar atau tidak, anda pasti mempunyai satu angle yang membuatkan anda kelihatan menarik ketika bergambar? Gunakan angle tersebut semasa OOTD.

Sesetengah orang merasakan angle terbaiknya adalah dari sisi kiri, kanan, atas dan kadang kala ada juga yang gemar apabila gambarnya diambil daripada pandangan bawah. Macam admin, admin selesa dengan angle sisi kiri. Korang pulak?

Sekian sahaja dari Team Deenamik. Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan OOTD yang sempurna ala-ala model antarabangsa. Selamat mencuba!

ootd
Kredit foto: Instagram: w4wa_zainal

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kepada semua wanita di luar sana, sekiranya anada ingin mengekekalkan kecantikan dalaman mahupun luaranJUS ROYAL V merupakan produk yang terbaik untuk anda.

Royal V juga merupakan antara hot item dari Jamu Ratu Malaya setakat ini. Testimoni yang deperoleh daripada pengguna juga cukup memuaskan! Apa tunggu lagi?

Kepada wanita yang telah berkahwin, anda pasti akan membuatkan suami semakin sayang terhadap anda setelah amalkan Royal V! Dapatkan Jus Royal V di pautan yang berikut:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here