Nak travel tapi tak ada bajet yang cukup? Anda dah cukup stress dengan kerja harian dan nak tak nak memang kena keluar travel juga. Jadi apa boleh buat? Dah tentu anda boleh cuba travel dengan kaedah backpacking.

Tak seperti travel yang konvensional. Backpacking ni adalah cara paling sempoi dan mudah kalau nak melancong ke mana-mana. Dengan ajet yang paling ciput pun, anda masih boleh menikmati pengalaman yang lebih lagi.

Melancong dengan gaya backpacking ni lebih best dan mudah. (Sumber gambar: REI.com)

Untuk anda yang sudah terbiasa dengan melakukan persiapan sebelum melancong, anda mungkin agak kekok kalau mengembara dengan cara backpacking ni. Sebab apa, nak backpacking ni tak memerlukan persiapan yang rapi.

Betul! Travel cara backpacking ni orang kata, main redah saja. Persiapan pun sangat sedikit dan minimum. Dalam artikel akan dikongsikan tips-tips buat mereka yang pertama kali mahu mengembara secara backpacking.

#1. Pilih beg galas yang sesuai

Dah nama pun backpacking, jadi beg yang digunakan cuma SEBUAH beg galas sahaja. Tak perlu banyak-banyak sebab nak memudahkan pergerakan sepanjang perjalanan.

Beg galas dengan kapasiti 10 hingga 15 liter. (Sumber gambar: Amazon UK)

Jadi berapa besar beg yang nak kena sediakan? Kalau nak travel sehari, boleh pilih beg yang isi padunya 10 liter hingga 20 liter. Beg ini dikenali dengan nama day pack; cukup untuk mengisi keperluan yang paling sedikit.

Rucksack dengan kapasiti 30 hingga 70 liter sesuai sekiranya anda mahu mengembara jauh dan lama. (Sumber gambar: Gap Year Travel Store)

Kalau anda bercadang nak mengembara lebih lama, mungin boleh memilih beg dengan kapaisiti yang lebih banyak seperti 30 liter hingga 70 liter. Lebih banyak pakaian dan keperluan yang boleh diisi dengan beg yang lebih besar ini.

#2. Bawa Keperluan Yang Penting Sahaja.

Kalau mengembara dengan cara konvensional, keperluan yang tidak penting sekali pun akan dibawa. Tetapi dengan backpacking, hanya barang yang betul-betl penting sahaja yang akan dibawa.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Anda Patut Simpan Sebuah Kit Pertolongan Cemas

Keperluan yang hendak dibawa juga mestilah sekadar secukupnya sahaja. Tak perlu melebih-lebih kerana kita hendak menjimatkan ruang di dalam beg galas anda.

Sediakan kit kembara untuk pengurusan diri lebih mudah semasa di tempat penginapan. (Sumber gambar: Henrik Vibskov Boutique)

Lebih baik anda menyediakan kit kembara anda sendiri yang terdiri daripada pelbagai barangan penjagaan diri yang dibungkuskan dalam bungkusan dan botol yang kecil.

Paling penting, jangan lupa untuk bawa sekali kit pertolongan kecemasan. Sebab kita tak tahu bilakah kemalangan akan berlaku. Jadi, tak salah kalau kita nak bersedia dengan segala kemungkinan.

#3. Macam Mana Dengan Pengangkutan?

Meski pun melancong dengan cara backpacking ini sempoi dan boleh main redah saja, tapi buatlah sedikit kajian tentang tempat yang anda ingin kunjungi. Apakah kenderaan yang sesuai untuk sampai ke sana.

Biasanya kalau nak backpacking ni, pengangkutan awam adalah pilihan utama kerana lebih jimat dan lebih mesra alam. Seperti KTM, kereta api, bas ekspres, ETS, dan lain-lain pengangkutan.

Kereta api merupakan cara untuk mengembara sambil menikmati permandangan yang berbeza sepnjang perjalanan. (Sumber gambar: mStar)

Jarang backpacking dengan naik kereta tapi boleh juga dipertimbangkan sekiranya tempat yang dituju tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik. Backpacking dengan kereta juga boleh dibuat sekiranya anda mengembara dalam kumpulan.

#4. Nak Tidur Kat Mana Eh?

Percayakah anda, ada backpackers yang mengembara dan tidur di tepi jalan? Atau mana-mana tempat yang selamat serta bersih. Kalau anda nak merasai pengalaman lain daripada lain, boleh saja anda tidur di mana-mana yang sesuai.

Anda boleh tidur di surau atau masjid sekiranya tidak mempunyai mana-mana tempat tidur. (Sumber gambar: Perkim)

Apa pun, pastikan tempat yang anda pilih tu selamat dan bersih. Kalau anda seorang muslim, surau dan masjid boleh dijadikan pilihan. Lepas saja solat subuh, boleh pergi jalan-jalan. Kalau anda melancong dengan rakan, pastikanlah dia ok dengan pilihan tu.

BACA JUGA :   Belajar Di Universiti Poland

Kalau anda jenis yang kena tidur di tempat yang sempurna, boleh pilih saja penginapan yang ada. Homestay, rumah tumpagan, chalet, dan hotel bajet yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan.

#5. Sendirian Lebih Seronok Dan best!

Kalau nak backpacking ni, lebih seronok kalau bersendirian berbanding pergi ramai-ramai. Sebab apa, segalanya boleh kita tentukan sendiri tanpa perlu untuk tanya orang lain. Kalau perlukan teman sekali pun, mungkin boleh bawa seorang teman.

Backpacking sendirian ni lebih best! (Sumber gambar: REI.com)

Bukan bermakna tak boleh nak travel backpacking dengan geng ramai-ramai, tapi lebih selesa dan mudah untuk mengembara sendirian atau pun berteman seorang saja. Tak perlu ramai-ramai, nak buat apa pun mudah.

Sekali pun melancong sendirian, disarankan untuk memberitahu orang terdekat sama ada keluarga atau rakan baik tentang ketiadaan anda. Sekiranya apa-apa terjadi, mereka boleh memberikan apa-apa  bantuan yang sepatutnya kepada anda.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Nak badan bebas toksin? Nak kuruskan badan? Nak badan kekal sihat? Colonis D’Mestica adalah produk yang sesuai untuk anda!

Dirumus khas daripada herba dan bahan-bahan berkualiti menjamin keberkesanan yang akan menberikan manfaat kepada badan anda!

Sudah ramai yang berpuas hati dengan manfaat Colonis D’Mestica ni! Anda bila lagi? Dapatkan hanya daripada Jamu Ratu Malaya melalui pautan berikut:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here