Malaysia, tanah air tercinta kita yang sedang menuju ke arah negara maju. Dalam beberaa perkara dan aspek, Malaysia memang diakui agak terkehadapan berbanding negara lain di rantau ASEAN dan Asia.

Tapi…

Negara kita masih kekurangan 1 perkara yang menjadi keperluan untuk kehidupan setiap hari iaitu internet yang lebih laju. Malaysia tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun (ada yang kata negara maju) tetapi kelajuan internet kita masih perlahan.

Malaysia dan internet yang perlahan berpisah tiada.

Kelajuan internet di negara kita adalah antara yang palling rendah di dunia! Dengan kelajuan hanya 6.69 Mbps (2017), ia seakan tak mencukupi bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pengguna telefon pintar yang tertinggi di dunia.

Jiran terdekat kita, Singapura yang hanya sebesar negeri Melaka dan N. Sembilan jika digabungkan itu pun mempunyai kelajuan sebanyak 55.13 Mbps, yang terlaju di dunia.

Monopoli Oleh TM

Jika sebelum ini, perkhidmatan internet hanya disediakan dan dimonopoli oleh Telekom Malaysia, kini syarikat telekomunikasi yang lain sudah mula mengorak langkah untuk menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna di Malaysia.

Memasuki era fiber optik, satu persatu syarikat telekomuniikasi tempatan mula nak menjengah pasaran internet berkelajuan tinggi dengan menggunakan fiber optik.

BACA JUGA :   Dua 'Tycoon' Malaysia Ini Kembali Bersaing Sengit Dalam Bisnes Penyiaran TV.

Fiber optik ini menggunakan cahaya untuk menyalurkan maklumat dan data berbanding cara konvensional yang menggunakan wayar tembaga. Ia lebih murah dan cepat serta tiada pembaziran tenaga dan mesra alam.

Perang Harga

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Seo sendiri mengumumkan perlaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) yang akan menetapkan harga siling borong bagi perkhidmatan internet.

Lepas saja dasar ni dilaksanakan, kita dah boleh lihat syarikat penyedia perkhidmatan internet tempatan mula beradu harga di gelanggang pasaran bagi menarik perhatian para pembeli untuk mendapatkan internet daripada mereka.

Kami telah menyenaraikan senarai penyedia internet fiber beserta harga mereka untuk rujukan kilas sekiranya anda berminat untuk melanggan pakej internet fiber ini:

#1. Telekom Malaysia

Produk: TM Unifi

Harga (bulanan): RM 129 (Unifi plan) dan RM 79 (basic)

Kelajuan:

Unifi Plan (Tanpa had)= 100Mbps (muat turun) dan 50Mbps (muat naik)

Basic plan (60GB kuota)= 30 Mbps (muat turun) dan 10Mbps (muat naik)

#2. Maxis Malaysia

Produk: MaxisONE Home Fibre

Harga (bulanan): RM 129 dan RM 89

BACA JUGA :   Gelagat Pelajar Sepanjang Sesi Persekolahan Bermula Dalam PKP.

Kelajuan:

RM 129 (tanpa had): 100Mbps (muat turun) dan 50Mbps (muat naik)

RM 89 (tanpa had): 30Mbps (muat naik dan muat turun)

#3. Time Internet

Produk: Time Fibre Home Internet

Harga: RM 149 (100Mbps), RM 189 (300Mbps), RM 299 (500Mbps)

Setakat ini, hanya ada 3 syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet fiber. Yang manakah akan menjadi pilihan anda sekiranya anda mahukan melanggan internet fiber. Kongsikan pendapat anda.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here