Jika anda merupakan seorang daripda 14,000 orang yang dikenal pasti memegang lesen memandu ‘terbang’ atau palsu, anda dikehendaki menyerahkan semula lesen terbang yang tidak sah itu kepada Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Kalau anda gagal berbuat demikian, anda akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan anda hanya mempunyai kira-kira dua minggu lagi untuk menyerahkannya!

Penjualan lesen tidak sah ini telah aktif sejak dua tahun lalu dimana kira-kira 14,000 rakyat Malaysia memegang lesen terbang yang terjual di media sosial melalui iklan di Facebook.

Kebongkaran tentang penjualan lesen beli ini telah diketahui pada 4 September lalu apabila berlakunya penangkapan 12 pegawai dan anggota JPJ dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuh Malaysia (SPRM) serta diikuti dengan dua lagi penahanan anggota JPJ.

Kredit – Utusan Malaysia : Gambar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menunjukkan laman Facebook yang menjual lesen ‘terbang’ melalui Facebook.

Penangkapan anggota-anggota JPJ yang menjalankan kegiatan tidak bermoral ini telah diambil tindakan gantung kerja atas kegiatan penjualan lesen terbang kepada umum kerana boleh mengakibatkan kerugian kepada pemilik sekolah memandu kerana pembeli boleh mendapatkan lesen dengan mudah tanpa ujian dan siasatan berhubung penjualan lesen melalui iklan di Facebook itu sedang dilakukan.

BACA JUGA :   SKMM Perlu Masa Untuk Kajian Mendalam Teknologi 5G

Dipercayai bahawa penjualan lesen ini dijual dengan harga bermula RM2,000 hingga RM3,500 bagi setiap satu lesen dengan memproses maklumat pemohonan menggunakan Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara sedangkan pemohon tersebut tidak pernah  berkunjung astu bekerja di luar negara serta tidak memiliki lesen memandu di luar negara sama sekali. Antara lesen luar negara yang digunakan bagi kegiatan penjualan ini ialah China, Singapura, Brunei dan Jepun.

Kredit – Kosmo : Laman Facebook yang dipercayai menjual lesen memandu secara terbuka.

Individu yang didapati masih memegang lesen memandu tidak sah itu akan dipanggil bagi temu siasat mengikut Seksyen 114, Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 108 APJ 1987 iaitu dengan hukuman minimum denda RM5,000 atau penjara atau kedua-dua sekali.

BACA JUGA :   Inilah Harga Nombor Plat Malaysia Yang Kini Dibuka Untuk Bidaan

Pemulangan lesen terbang ini dilakukan selama sebulan mulai 12 Sept lalu sebelum ianya berakhir dua minggu lagi dari sekarang. Usaha pembendungan lesen terbang ini merupakan langkah serius kerajaan untuk mencegah aktiviti rasuah di negara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here