Seorang remaja dari Istanbul berusia 16 tahun dikenakan hukuman penjara selama empat tahun enam bulan. Tertuduh dipenjara kerana mencium teman wanitanya yang kini berusia 13 tahun. Kejadian tersebut telah diketahui oleh gurunya setelah mendapati rakan kepada tertuduh berkongsi video yang dirakam semasa kejadian tersebut.

Menurut New York Times, video dirakam oleh rakan sekolahnnya menunjukkan remaja itu memeluk kekasihnya dan seterusnya mencium gadis tersebut di laman sekolah. Menurut pihak mahkhamah, soroton video itu telah dijadikan bahan bukti bagi mensabitkan tertuduh bersalah. Nama mangsa dan tertuduh tidak didedahkan bagi menjaga aib keluarga.

Kes dibacakan di mahkhamah di wilayah selatan Antalya. Sumber: NSTP

Mahkhamah di wilayah selatan Antalya mendapati bahawa remaja itu bersalah atas tuduhan penderaan seksual di mana mengikut undang-undang di negara mereka yang melarang perlakuan seksual dengan kanak-kanak yang berumur 15 tahun dan ke bawah.

Terdapat juga lima remaja lain yang terlibat dalam insiden tersebut. Mereka berumur di antara 13 tahun hingga 16 tahun. Kesemua mereka turut didakwa kerana menggunkan kanak-kanak bagi menghasilkan imej tidak senonoh dan pada masa yang sama telah menyebarkannya. Namun begitu, kesemua mereka telah dibebaskan kerana disabitkan tidak bersalah.

Penguam bela bagi tertuduh masih ingin memohon rayuan bagi kes tersebut. Sumber: Berita Harian

Satu laporan pakar dibentangkan kepada mahkamah mencadangkan, tiada keperluan hukuman kerana usia budak lelaki terbabit, kata Sevcan Aydin Uzun, peguam kepada seorang kanak-kanak yang dibebaskan.

“Saya terkejut kejadian itu sampai ke tahap ini. Jika keputusan dikekalkan, remaja itu akan dipenjara selama empat setengah tahun. Dia bakal memiliki rekod jenayah, tidak boleh menjadi pegawai awam, peguam, pendakwa raya dan sebagainya. Adakah ia perlu terlalu berat? Ia boleh dibahaskan,” kata Aydin.

Remaja 16 tahun dituduh kerana mencium kekasihnya. Sumber: Berita Harian

Peguam remaja lelaki 16 tahun itu, Zuhal Merve Ozfidan berkata, pihaknya akan membuat rayuan keputusan terbabit dan enggan berkongsi butiran kes kerana membabitkan golongan bawah umur. Budak lelaki itu masih bebas sementara menunggu rayuan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here