Jika anda memasang niat untuk bercuti ke New Zealand, anda harus mengetahui undang-undang baru sahaja diluluskan oleh kerajaan New Zealand kepada semua pelancong yang akan melawat negara tersebut.

New Zealand telah memperkenalkan satu undang-undang di mana akan menyuruh anda untuk memberitahu kata laluan telefon bimbit anda atau apa sahaja gadjet elektronik anda untuk melepasi sempadan negara itu. Jika anda gagal untuk memberikan kata laluan tersebut kepada pegawai kastam New Zealand, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu dengan membayar denda tidak melebihi NZD 5,000 (RM13,461.99).

Akta Kastam dan Eksais negara 2018, yang berkuatkuasa minggu ini membolehkan pegawai kastam meminta ‘akses maklumat’ seperti kata laluan, PIN serta kunci penyulitan dari pelancong dan mempunyai hak untuk mengenakan denda kepada mereka yang enggan memberi kerjasama kepada pihak kastam. Pegawai juga dibolehkan untuk menyimpan peranti dan merampasnya buat mereka yang tidak membenarkan pegawai Kastam memperoleh kata laluan di sempadan.

BACA JUGA :   Nigel, Burung Kesepian Yang Jatuh Cinta Kepada Patung Burung

Bagaimana pun, ia tidak akan memberi mereka akses kepada maklumat yang disimpan di atas talian dengan perkhidmatan seperti iCloud atau Google Drive.

Pengenalan undang-undang ini bertujuan untuk menjaga sempadan negara itu daripada ancaman bahaya yang berkemungkinan di sebabkan oleh pelancong di sempadan negara tersebut. Ini bagi memastikan tiada maklumat membahayakan disimpan di dalam peranti milik pelancong.

Majlis New Zealand untuk Kebebasan Sivil (CCL) beranggapan bahawa undang-undang baharu ini sebagai ‘pencerobohan kubur privasi peribadi orang yang memiliki peranti dan orang-orang yang mereka telah berkomunikasi.’

Menurut pengerusi kumpulan Thomas Beagle berkata, “Telefon pintar moden mengandungi maklumat peribadi yang sangat sensatif termasuklah e-mail, surat, rekod perubatan, gambar peribadi serta gambar yang sangat peribadi.”

“Kenyataan undang-undang ini seolah memberikan pegawai Kastam kuasa untuk mengambil dan memaksa pembukaan telefon pintar orang tanpa alasan atau rayuan – dan ini adalah apa yang selalu dikehendaki oleh Kastam,” katanya.

BACA JUGA :   Penyerang Masjid Christchurch Dipenjara Seumur Hidup

Jurucakap New Zealand Customs berkata perubahan kepada undang-undang adalah perlu kerana “pergeseran dari sistem berasaskan kertas kepada sistem elektronik bermakna bahawa majoriti bahan dan dokumen terlarang kini disimpan secara elektronik.”

Radio New Zealand melaporkan bahawa Pesuruhjaya Privasi New Zealand, John Edwards berkata,

“terdapat keseimbangan yang baik antara memastikan bahawa sempadan kita dilindungi… dan orang-orang tidak tertakluk kepada pencarian yang tidak munasabah terhadap peranti mereka.”

New Zealand merupakan negara pertama yang memperkenalkan denda bagi mereka yang enggan memberi akses kata laluan atau pin peranti mereka kepada pegawai kastam.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here