Apabila individu ke di luar negara sama ada melancong mahupun atas urusan kerjaya, sudah pastinya kita memerlukan destinasi makan yang halal. Tidak lupa juga buat pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Kedai makan mahupun kedai yang menjual barangan halal sudah menjadi kewajipan buat mereka.
Bagaimana pula dengan pelajar di Rusia? Tidak dapat dinafikan, Rusia merupakan destinasi pilihan buat pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian terutama dalam bidang perubatan. Kalau soal makanan halal di Rusia, tak perlulah risau lagi.
Namun bagaimana pula dari segi makanan ? Negara Soviet kini makin sedar bahawa peningkatan pelajar Muslim ke negara merupakan satu strategi yang bernas untuk mempromosikan makanan halal.
Rusia sendiri telah merasmikan “Halal Friendly” yang berada berdekatan Bakhetle. Halal Friendly bertujuan untuk menarik minat pelabur asing dalam memasarkan perniagaan mereka dalam industry halal. Sebenarnya tiada isu bagi kita tidak memasukkan Rusia sebagai destinasi pilihan untuk sambung belajar. Berikut ialah senarai kedai makan halal yang berada di sekitar ibu kota.
#1. HALAL RESTAURANT
Destinasi makanan halal ini terletak di Tatarstan atau lebih tepatnya di Kota Kazan, ini merupakan makanan halal yang berkonsepkan makanan Indonesia. Pelbagai jenis makanan yang dihidangkan antaranya nasi goreng, mee goreng dan pelbagai. Bagi pelajar Malaysia, hidangan ini tidak lagi asing pada tekak mereka memandangkan negara jiran turut menyediakan makanan yang sedap. Jadi, anda tak perlu risau lagi!
#2. INDO FOOD
Indo Food merupakan restoran halal yang pertama kali dibuka di Rusia. Perniagaan ini juga mendapat sambutan daripada penduduk tempatan terutamanya pelajar muslim yang berada di Rusia. Pembukaan restoran ini menjadi perkembangan yang baik dan pelajar muslim tidak lagi perlu risau dengan makanan halal yang disediakan di sana.
#3. DONER KEBAB
Makanan halal yang dihidangkan Doner Kebab sangat ringkas tapi mampu menjamin kepuasan kepada pelajar muslim. Antara makanan yang dijual antaranya ialah kebab, shawama dan terdapat pelbagai makan yang lain berasal dari negara timur tengah.
Kedai ini tidak terlalu besar dan kawasan ini sangat strategik. Pelajar muslim yang melanjutkan pengajian di Moscow State Medical University (MSMU), gerai ini sebaris dengan arah ke MSMU. Jadi tidak logic kalau kita katakana bahawa tiada kedai halal di bumi Rusia.
Banyak lagi kedai makan yang halal disamping pasar raya yang berkonsepkan muslim friendly. Bagi individu yang ingin menyambung pengajian di Rusia, amatlah digalakkan. Sebenarnya ini ialah cara untuk kita mencuba sesuatu yang baru dan belajar budaya negara luar. Kepelbagaian makanan yang halal juga mendorong pelajar untuk sambung belajar di sini.
Masih buntu di mana hendak mula jika ingin belajar di Rusia ?. Pelajar lepasan SPM amat digalakkan untuk belajar di luar negara dan mencari pengaaman yang baharu.
Di Daulah Educonsult, terdapat pelbagai tawaran yang disediakan buat pelajar muslim yang ingin menyambung pengajian di luar neara dan mencari pengalaman di bumi asing. Daulah Edusconsult turunt menyediakan pelbagai kemudahan buat pelajar muslim yang berada di Rusia.
Jadi jangan risau sekiranya terdapat sebarang masalah pengajian di sana kerana Daulah Educonsult akan uruskan. Layari laman rasmi Daulah Educonsult untuk ketahui lebih lanjut dan pakej yang ditawarkan.
Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara Rusia, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan and akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.