Selepas beberapa tahun perpindahan pasar ini ke Toyosu ditunda dan juga pelbagai kontroversi berkenaan dengan pasar borong ikan popular Jepun, Tsukiji yang menjadi tumpuan pelacong di seluruh dunia pada Sabtu lalu telah akhirnya berakhir selepas 83 tahun menjadi pasar terbesar di dunia yang menjual lebih 500 jenis makanan laut.

Tapak pasar Tsukiji di Tosoyu.

Penutupan pasar berusia 83 tahun itu adalah disebabkan oleh keputusan yang telah diambil oleh kerajaan metropolitan Tokyo untuk memindahkan pasar Tsukiji menjadi sebuah pasar yang lebih moden yang terletak di tanah industri di Tokyo Bay kerana kebimbangan tentang sanitasi, rintangan gempa bumi dan keselamatan kebakaran.

Penundaan utama perpindahan pasar Tsukiji beberapa tahun yang lalu juga disebabkan oleh penempatan lokasi pasar yang tidak dipersetujui oleh para peniaga Tsukiji kerana Toyosu merupakan loji gas lama dan difahamkan semasa pemeriksaan tempat berkenaan, mereka menemui arsenik dan pencemaran lain di dalam air bawah tanah.

BACA JUGA :   KISAH BENAR DISEBALIK HUTAN AOKIGAHARA
Lokasi baharu pasar Tsakiji yang lebih bercirikan moden dan dilengkapi dengan penghawa dingin yang bakal dibuka 11 Okt ini.

Bagaimana pun, Gabenor Yuriko Koike telah memberi jaminan kepada penjual atau vendor pasar Tsukiji bahawa pasar baharu Tosoyu yang bakal dibuka pada minggu ini jauh lebih baik daripada pasar Tsukiji dan telah diperbaiki selepas banyak kemunduran. Pegawai Bandaraya telah mengesahkan bahawa ianya kawasan yang selamat dan retakan berukuran beberapa meter di kawasan pemuatan Toyosu akan diperbaiki tidak lama lagi.

Kos perbelanjaan bagi pasar Tsukiji versi moden ini menelan belanja sebanyak 569 bilion yen (RM753 juta) dengan lebih 230,000 meter persegi yang bersamaan dengan 17 buah padang besbol  boleh memuatkan sehingga 500 pemborong.

Pemodenan pasar Tsukiji ini bagaimana pun tidak mendapat sambutan dari peniaga asal pasar Tsukiji walaupun telah diberikan nafas baharu yang lebih baik dan moden. Bagi peniaga-peniaga mereka merasakan bahawa penutupan pasar borong ikan yang menjadi tumpuan seluruh pelancong ini merupakan sebuah pengakhiran gemilangan era pasar ikonik ini. Ada juga pelancong yang bersedih kerana tidak dapat merasai pengalaman budaya asli Jepun yang telah membuat Tsukiji terkenal.

BACA JUGA :   Jepun Cadang Benarkan Pelawat Dari 4 Negara Ini

Difahamkan bahawa tapak pasar Tsukiji akan dijadikan pusat pengangkutan bagi sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 manakala ranacangan jangka panjangnya belum dapat diputuskan lagi setakat ini.

Pasar Tsukiji terkenal dengan lelongan ikan tuna bersaiz besar yang dilakukan pada waktu pagi oleh para peniaga kepada pembeli yang biasanya dibeli oleh hotel-hotel terkemuka. Mula dibuka pada tahun 1935 dengan mempunyai dua bahagian iaitu pasar luar yang mempunyai kedai-kedai makan dan pasar dalam yang menjual makanan laut.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here