Berita baik buat penggemar susu kultur dari Jepun dan peminat produk Calpis, syarikat ini telah mengeluarkan perisa baru. Calpis telah memperkenalkan perisa baharu iaitu Fiber Calpis.
Ini merupakan tambahan selepas rangkaian minuman perisa asli dan oren. Rakyat Malaysia pastinya ingin merasai sendiri kunikan yang dibawa oleh syarikat. Majlis pelancaran juga telah diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Calpis Fiber Laici mengandungi ‘Polydextrose’ iaitu sejenis serat diet yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan microflora usus yang baik. Rakyat Malaysia sering sibuk dengan jadual yang padat hingga tidak sempat untuk menjaga kesihatan.
Tujuan ini merupakan inovatif yang telah dilakukan buat rakyat Malaysia dan juga secara tidak langsung untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan “menggandakan” kesihatan badan.
Calpis juga mendapat sambutan di Malaysia kerana kebaikan yang bakal diperoleh dengan minum Calpis. Syarikat ini turut mengadakan peraduan ‘Calpis Fibre Up & Win’. Peraduan ini telah bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2018 dan peminat berpeluang untuk menangi hadiah yang menarik serta wang tunai. Hadiah keseluruhan bagi peraduan ini bernilah RM167,00 dan bakal menjadi rebutan peminat Calpis !
Peserta hanya perlu membeli sebotol Calpis dan ikuti langkah-langkah dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Bagi mengetahui lebih lanjut boleh layari www.etikaholdings.com. Seramai 50 pemenang akan dipilih secara rawak dan pemenang yang bertuah akan membawa pulang wang tunai RM 500.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.