Permintaan kereta keluaran Malaysia semakin meningkat terutamanya Perodua. Sebelum ini, Perodua juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 3,001 pelanggan masih di ruangan “menunggu” memalui kenyataan sebelum ini sempena promosi tanpa cukai.
Sehingga kini, Perodua masih menumpukan usaha dalam mengurangkan tempoh menunggu pelanggan berikutan sekitar 22,000 unit Perodua Myvi baharu masih lagi belum diserahkan kepada pemiliknya setakat akhir September.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid ada memaklumkan bahawa pihak mereka belum dapat memberikan tempoh masa penghantaran yang penuh.
Aminar Rashid berkata, di sebalik perkara yang tidak diingini ini, beliau masih bersyukur kerana rakyat Malaysia terus menyokong Perodua. Beliau dan pihak Perodua memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas mengenai isu tersebut.
Antara Januari dan September tahun ini, Perodua telah menjual 168,200 kenderaan iaitu kenaikan 11 peratus ke atas 151,600 kenderaan yang dijual dalam tempoh sama pada 2017.
Dr Aminar berkata, kenaikkan jualan ini boleh dikaitkan dengan sambutan positif Perodua Myvi yang baharu serta model-model yang lain iaitu Axia, Bezza dan Alza yang masing-masing terjual sebanyak 53,700, 38,100 dan 18,400 unit pada tahun ini setakat ini.
Namun kini, Perodua hanya menjual kira-kira 9500 unit kenderaan keseluruhannya sehingga September lalu selepas pengeluaran pada bulan Ogos terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan isu teknikal di salah satu vendor Perodua. Pelanggan juga turut dijemput berkunjung ke bilik pameran dan sesi pandu uji kereta Perodua.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.