YB Rina Harun baru-baru ini telah memperluaskan lagi modul pembelajaran Sains, Teknologi, Agama Kejuruteraan Seni dan Matematik (STREAM). Modul ini dilakukan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) seluruh negara.
Objektif pembelajaran ini khususnya memberi pendekatan ‘belajar sambil bermain’. Demikian ulas YB Rina selepas majlis pelancaran Program STREAM TABIKA KEMAS 2018 di TABIKA KEMAS Pintar STREAM Chabau, di sini, hari ini.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengulas, menerusi pembelajaran ini dapat membantu kanak-kanak mengenali dunia. Cara ini juga secara umumnya dapat menanam kemahiran, keyakinan serta membentuk konsep kendiri yang positif. Perkara ini juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke sekolah dan jalankan cara hidup yang sihat.
Sebagai langkah permulaan, TABIKA KEMAS Pintar STREAM Chabau, menjadi perintis di negara ini melalui projek bertemakan pendidikan model penerbangan (aviation model), sebelum diperluaskan ke setiap negeri, khususnya di kawasan luar bandar, bermula tahun depan. STREAM secara tidak langsung membantu kanak-kanak terokai dunia baru dan belajar perkara baru.
Beliau juga menegaskan bahawa setiap negeri perlu mempunyai sekurangnya satu TABIKA KEMAS. Ianya bertemakan pendidikan terpulang sama ada dalam bidang minyak dan gas, automotif atau robotic sebagai pendekatan pembelajaran. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Norison Ramli dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Amirrudin Arifin.
Pembinaan modul STREAM merupakan hasil kerjasama pintar antara pakar akademik daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), badan bukan kerajaan (NGO) serta ibu bapa dan pelajar.
Sementara itu, YB Rina Harun turut mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama pintar bersama sektor korporat dan swasta, khususnya dalam pelbagai bidang berkaitan untuk membangunkan sendiri model pembelajaran di TABIKA KEMAS pada masa depan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.