Sesiapa yang mempunyai ulser pastinya sesuatu yang memeritkan. Ingin buat apa sahaja semua tidak kena. Ulser pada bahagian mulut akan menyebabkan kesukaran untuk makan dan bercakap.
Ulser kebiasaanya berbentuk bulat dan bewarna putih di bahagian tengah. Ulser “muncul” di pipi, lidah, bawah lidah dan pipi. Puncanya kerana luka tergigit, panas dalam, kekurangan air dan keturunan.
Berikut ialah cara untuk merawat sakit ulser:
#1. LARUTAN KUMUR ANTISEPTIK
Larutan ini lebih dikenali dengan Listerine. Listerine berfungsi sebagai anti-bakteria dan berkesan menyahaktifkan bakteria. Kumur sekerap yang mungkin dan berkesan mengurangkan tempoh sakit ulser ini.
#2. GARAM
Jika letakkan garam pada bahagian ulser sangat sakit. Namun itulah ubat yang berkesan dalam tempoh yang singkat. Biasanya, individu akan campurkan garam bersama air untuk kurangkan rasa pedih namun bergantung kepada individu.
#3. MADU
Madu juga antara rawatan yang pantas merawat ulser dan mengandungi sifat anti-bakteria. Di samping rasa yang manis, madu juga mampu merawat ulser. Sapukan sedikit dan biarkan seketika dalam tempoh 10 hingga 15 minit.
#4. AIS KRIM
Rasa ais krim yang sejuk dan manis pastinya rasa nyaman. Lebih lagi di bahagian ulser yang sentiasa rasa pedih dan perit. Rata-rata individu akan mengesyorkan makan ais krim walaupun tiada bukti sahih mengenai kebaikan ais krim.
#5. UNCANG TEH
Kalau sudah buat air teh, jangan terus buang uncangnya. Uncang teh yang sudah kembang boleh diletakkan di bahagian ulser. Teh mempunyai sifat alkali dan mampu merawat sakit ulser namun mengambil masa.
Netizen disarankan agar banyakkan minum air kosong dan jaga kesihatan. Sepanjang sakit, elakkan memakan makanan yang keras dan kurangkan makanan yang panas. Sekiranya sakit ulser berlarutan hingga 3 minggu, pesakit disarankan berjumpa doktor.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.