Memang susah untuk kita mengekalkan ‘niat’ ingin menguruskan badan atau diet bukan? Manakan tidaknya dengan pelbagai jenis seleksi makanan yang ada di negara kita ini, cakap sahaja apa yang anda mahukan, makanan daripada negara mana sahaja yang anda inginkan pasti anda akan mudah untuk mendapatkannya.

Jika anda seorang ‘pengunyah tegar’ yang sentiasa membawa bersama sepinggan nasi atau semangkuk snek semasa menonton televisyen atau pun filem, pasti susah untuk anda menghentikan tabiat itu jika berhasrat ingin menguruskan badan.

Pastinya anda akan mempunyai perasaan sebersalah untuk meneruskan hasrat memakan makanan atau snek kegemaran anda kerana risau akan bertambah berat badan.

Pasti anda mencari snek sihat yang dapat menggantikan snek ringan anda selama ini bukan? Di sini kami senaraikan beberapa jenis snek ringan yang sihat untuk anda nikmati tanpa harus risau akan berat badan bertambah!

#1. EPAL

Epal bukan sahaja sedap untuk dimakan malah juga akan membantu anda untuk kekal kenyang bersesuaian dengan anda yang ingin menguruskan badan. Ianya disebabkan oleh serat yang berada pada epal yang akan meningkatkan rasa kenyang dan menurunkan selera makan berlebihan anda.

Epal adalah buah-buahan berserat yang rendah kalori dengan kira-kira 45 kalori setiap hidangan. Jadi, jika anda sering berasa lapar tetapi ingin berdiet, kerapkanlah memakan epal!

#2. TELUR

 

BACA JUGA :   Kepentingan Menjaga Kesihatan Mental dalam Kehidupan

Telur mempunyai kadar kalori yang rendah, mengandungi protein, mineral, dan vitamin yang sangat penting. Memakan telur bukan sahaja membolehkan anda mendapat manfaat khasiatnya malah juga dapat mengurangkan berat badan anda!

Terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Rochester untuk Penyelidikan Obesiti yang mengatakan bahawa pengambilan telur untuk sarapan pagi dapat menurunkan pengambilan kalori setiap hari dengan 400 kalori bagi sebuah telur. Jadi rebus sedikit telur di rumah anda dan simpannya apabila anda terasa ingin memakan snek nanti.

#3. IKAN

Ikan merupakan makanan yang sangat baik dengan sumber proteinnya. Menurut sebuah kajian yang telah dijalankan ke atas seorang lelaki yang berlebihan berat badan telah mengamalkan pengambilan makanan berasaskan ikan tiga kali tiga kali seminggu selama lapan minggu berturut telah kehilangan banyak berat badan berbadan dengan mereka yang tidak mengamalkan pengambilan ikan dalam diet mereka.

Ikan mempunyai lemak yang sangat baik dan anda tidak harus risau akan lemak yang terdapat pada ikan. Tetapi jangan anda menyangka ikan goreng itu baik untuk anda pula kerana apabila anda menggoreng ikan dalam minyak masak, ia akan menambahkan nilai kalori dan akan menyingkirkan khasiat yang terdapat pada ikan.

#4. LIMAU GEDANG

Mungkin ramai yang tidak begitu menggemari buah limau kerana kemasamannya namun limau gedang atau kebanyakan daripada kita mengenalinya sebagai ‘grapefruit’ merupakan buah yang bagus untuk anda makan sepanjang hari.

BACA JUGA :   Understanding Speech Delay in Children

Kajian menunjukkan jus daripada buah limau gedang ini tidak akan menggemukkan anda walaupun anda memakannya banyak kali dalam sehari.

Satu uji kaji yang telah dijalankan menunjukkan keputusan memberangsangkan apabila seorang penyakit obesiti yang telah diberikan separuh buah limau gedamg atau jus buah limau gedang sebelum makan setiap tiga kali waktu makan, mengalami perubahan berat badan yang sangat ketara sekali selepas mencubanya selama 12 minggu.

Selain menolong anda untuk mengurangkan berat badan, buat limau gedang turut mempunyai banyak khasiat lain seperti vitamin C, mengurangkan pelbagai risiko penyakit kesihatan dan meningkatkan penghadaman.

#5. POPCORN

Ramai yang menganggap popcorn sebagai snek yang tidak baik untuk kesihatan kerana diperbuat daripada mentega yang banyak dan garam namun anda silap!

Menurut LiveStrong, popcorn merupakan bijian utuh yang mengawal kelaparan dan mencegah anda makan berlebihan. Popcorn mempunyai fiber dan kalori yang tinggi berbanding snek yang lain. Tetapi selagi anda tidak membuat popcorn seperti di panggung wayang yang mempunyai kadar kalori tambahan, maka popcorn anda itu merupakan pilihan makanan ringan yang sangat baik dan tepat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here