Penat apabila asyik menerima arahan daripada pihak atasan. Ingin berhenti kerja namun risau kewangan makin susut.  Oleh itu, memulakan perniagaan adalah langkah yang bijak. Mempunyai perniagaan sendiri merupakan perancangan terbaik dalam era baru ini. Individu tidak perlu mengikut jadual waktu pekerjaan dan menjana lebih pendapatan. Berikut langkah permulaan bagi individu ingin memulakan perniagaan.

#1. MENIAGA SECARA KECIL-KECILAN

Jika ingin memulakan perniagaan, sudah tentu kita memerlukan kos yang banyak. Semua ini boleh diatasi dengan bermula dari bawah. Jika meniaga bermula dari hobi atau sekadar suka-suka, anda mempunyai potensi untuk kembangkan perniagaan.

Seperti contoh, anda menjual nasi lemak di tepi jalan hampir empat tahun, anda dapat melihat potensi pada perniagaan. Mempunyai pelanggan yang semakin bertambah saban tahun.

Peniaga kecil mempunyai potensi untuk meluaskan perniagaan mereka. Sumber foto: sifubads.

Mulakan langkah seterusnya dengan membuat pinjaman dan beli gerai sendiri. Sekiranya nasi lemak sebelum ini hanya dijual pada waktu pagi, kini boleh dijual pada sebelah petang. Bermula dari sini, anda boleh merangka perniagaan dalam tempoh empat tahun akan datang seperti membuka cawagan di bahagian lembah Klang.

BACA JUGA :   Amalan '3c' yang Patut Dilakukan oleh Majikan dalam Kalangan Pekerja

#2. RAKAN KONGSI

Rakan kongsi diperlukan untuk membantu satu sama lain. Sumber foto: sucess concept.

Rakan kongsi bukan sahaja mencari rakan perniagaan yang mempunyai wang untuk dilaburkan. Perlulah juga mengambil kira faktor minat yang sama. Melalui ini, rakan kongsi anda akan sentiasa memberi idea dalam usaha memajukan perniagaan.

Secara tidak langsung, anda tidak akan berasa bosan dan buntu dalam memajukan perniagaan anda. Minat yang tinggi juga menyumbang kepada komitmen yang tinggi.

#3. PEKERJA YANG AMANAH

IKEA telah memberi pekerja lelaki cuti sebulan bergaji jika isteri melahirkan anak. Ini menunjukkan IKEA sangat prihatin terhadap pekerja mereka. Sumber foto: vitdaily.com

Perniagaan anda juga tidak akan maju tanpa pekerja yang jujur dan amanah. Seeloknya, anda digalakkan ambil pekerja daripada rakan-rakan yang anda percayai mahupun saudara-mara.

Ini merupakan langkah keselamatan sekiranya ada pihak yang iri hati mahupun dengki dengan perniagaan anda. Bukan semua orang gembira dengan kejayaan yang anda perolehi. Bagi mengurangkan masalah ini, bergaul dengan orang merupakan tindakan yang bijak.

BACA JUGA :   Luaskan Pasaran Makanan Anda dengan SAFER Food

#4. “CUSTOMERS ALWAYS RIGHT”

Petikan di atas sudah cukup menggambarkan bahawa pelanggan anda adalah raja. Anda tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada penggan. Begitu juga dengan selera pelanggan.

Anda boleh variasikan produk jualan anda mengikut keadaan semasa. Sekiranya anda menjual kek, variasi kan kek anda dari segi rasa, cara penyampaian mahupun penambahan sebarang bahan kek yang lain.

Menjadi peniaga yang inovatif dan sentisa mahukan kelainan daripada produk lain. Ini secara tidak langsung akan memberikan keunikan pada perniagaan anda.

Pastikan anda mempunyai kesungguhan yang tinggi kerana memulakan perniagaan bukan pada jangka masa yang pendek. Tiada jalan pintas ingin berjaya kecuali dengan usaha dan keyakinan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi yang menarik dari dalam dan luar negara, sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here