Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa sekalipun, pasti ada yang masih takutkan doktor gigi atau fobia untuk berkunjung ke klinik gigi bukan?
Bagaimana pula jika anda benar-benar berada dalam keadaan terdesak dan terpaksa untuk pergi berjumpa doktor gigi? Pastinya perasaan takut mengatasi diri anda di sebabkan oleh cerita-cerita mitos yang pernah diceritakan kepada anda sejak kecil dan dibawa sehingga meningkat remaja.
Usah takut lagi kerana kami akan membantu anda untuk tidak lagi berasa takut apabila perlu ke klinik gigi dan apa yang anda harus lalukan ialah membaca tips yang mungkin membantu anda ini.
SEBELUM MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN DOKTOR GIGI
#1. CARI DOKTOR GIGI YANG MEMAHAMI DAN EMPATI DENGAN PERASAAN ANDA
- Biasakan diri untuk bertanya kepada rakan-rakan, keluarga atau saudara-mara anda tentang tempat mereka biasa melakukan pemeriksaan gigi serta pengalaman positif mereka apabila berjumpa doktor gigi tertentu.
- Rajinkan diri anda untuk sentiasa melayari website atau laman web mengenai klinik gigi yang ada di kawasan anda untuk mengetahui review dari pesakit yang pernah berkunjung ke sana supaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran tentang perkhidmatan di klinik itu
#2. BERFIKIRAN POSITIF
- Elakkan daripada mendengar tentang pengalaman yang buruk daripada orang lain kerana ia akan mengganggu anda dan membuat anda hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan doktor gigi.
- Pastikan anda mengetahui serba sikit proses rawatan yang akan dilakukan untuk menyelesaikan masalah anda apabila berjumpa doktor gigi.
#3. BIASAKAN DIRI DENGAN SUASANA YANG DIPILIH
#4. BAWA BERSAMA TEMAN
- Bawalah bersama teman anda semasa temujanji dengan doktor gigi nanti supaya anda tidak berasa gementar atau takut berseorangan kerana aura positif yang diberikan oleh teman anda itu mungkin akan membantu anda untuk kekal tenang dan yakin.
SEMASA TEMUJANJI DENGAN DOKTOR GIGI
#1. TERANGKAN PERASAAN ANDA DALAM BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI
- Berterus teranglah kepada doktor gigi anda tentang apa yang anda sedang rasa supaya perasaan takut anda sedikit sebanyak berkurangan.
- Pastikan doktor anda memberi maklum balas yang positif untuk menenangkan anda.
#2. BERTENANG
- Cuba kekalkan emosi anda dalam keadaan yang sentiasa tenang semasa berada di atas kerusi pergigian nanti supaya pemeriksaan dapat dijalankan dengan baik serta selamat dan tidak mengganggu kerja doktor gigi anda.
#3. MEMINTA DOKTOR GIGI UNTUK MENERANGKAN KEPADA ANDA SETIAP LANGKAH RAWATAN YANG AKAN DILAKUKAN
- Sebelum anda memberanikan diri untuk meminta doktor gigi anda menerangkan setiap langkah yang akan dilakukan semasa rawatan, pastikan anda mengetahui tentang diri anda semasa ada anda merupakan seorang yang akan ‘ok’ untuk mendengar penerangan mengenai rawatan itu nanti atau anda lebih selesa untuk tidak mengetahuinya.
#4. SATU JENIS RAWATAN PADA SATU MASA
- Anda boleh berbincang dengan doktor gigi anda mengenai rawatan yang akan dilakukan. Tiada sebarang masalah sekiranya anda ingin memulakan dengan rawatan yang mudah dan melakukan rawatan yang lebih kompleks pada temujanji yang berikutnya. Ia juga akan membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran rawatan dan mengurangkan rasa gementar lama-kelamaan.
Anda merasakan diri anda boleh menjadi seorang doktor gigi yang baik dan memahami perasaan pesakit anda kerana anda juga selama ini mempunyai rasa ketakutan untuk berjumpa doktor pada zaman kanak-kanak tetapi telah jatuh cinta dalam bidang perubatan ini?
Kami anda cara untuk membantu anda merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang doktor gigi yang cemerlang! Apa yang anda harus lakukan hanyalah memilih Daulah EduConsult Sdn Bhd untuk membantu anda mencapai impian itu! Bukan sahaja dapat belajar dalam bidang yang anda inginkan malah anda juga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan Daulah EduConsult Sdn. Bhd.
Usah anda ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda kerana Daulah EduConsult merupakan syarikat yang seratus peratus anda boleh percayai dengan universiti-universiti yang ditawarkan merupakan universiti-universiti ‘top’ di negaranya serta yuran pengajian yang murah!
Dengan Daulah EduConsult, anda tidak perlu berebut tempat untuk ke belajar ke luar negara lagi kerana jika anda memilih Daulah EduConsult sebagai agensi yang akan membantu anda menguruskan pembelajaran di luar negara, anda telah pun mendapat tempat ke universiti yang anda inginkan dengan seratus peratus pasti milik anda! Sesi konsultasi percuma turut disediakan!
Berminat? Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.