Satu lagi berita menggembirakan diterima oleh rakyat Johor terutamanya buat mereka yang tinggal di Mersing apabila kira-kira 1,000 unit rumah akan dibina selepas sebuah Majlis Pecah Tanah Rumah Impian Bangsa Johor Mersing telah dilakukan semalam di Kampung Sri Pantai Mersing, Johor.

Pembinaan rumah mampu milik ini selaras dengan usaha Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk membantu rakyat Johor untuk memiliki rumah mereka sendiri. Ia merupakan sebuah projek yang dinaungi oleh Yayasan Sultan Ibrahim.

Projek perumahan ini akan melibatkan pembinaan rumah teres satu dan dua tingkat, rumah berkembar, banglo dan juga rumah kedai yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang lain.

Difahamkan projek perumahan ini akan turut menyediakan beberapa kemudahan asas yang akan memudahkan rakyat Johor yang akan mendapat rumah ini seperti kemudahan surau, balai raya, taman, motel, Kompleks Bangsa Johor serta dalam perancangan untuk membina sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah.

Projek perumahan mesra rakyat itu akan mula dijual dengan harga yang berpatutan bermula RM70,000 yang akan dilengkapi dengan tiga bilik tidur serta dua bilik mandi dan akan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan lagi.

Antara mereka yang layak untuk memohon rumah ini ialah rakyat Johor yang berpendapatan bawah RM5,000. Selain itu, mereka haruslah tidak pernah memiliki sebarang hartanah dan bukan seorang anak tunggal mahupun anak sulung dalam keluarga.

Menerusi laman Facebook rasmi milik Tunku Mahkota Johor (TMJ) semalam turut memuat naik tentang kriteria-kriteria lain untuk rakyat Johor memohon rumah tersebut.

Menerusi laman rasmi Facebook milik TMJ yang memberitahu mengenai kriteria-kriteria bagi mereka yang layak untuk memohon bantuan perumahan rakyat itu.

Projek perumahan kedua ini merupakan hadiah yang bermakna yang diberikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kepada seluruh rakyat Johor tanpa mengira bangsa Melayu, Cina ataupun India yang telah pun dimulakan pada tahun lalu sempena ulang tahun ke-59 beliau.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here