Kerajaan Pakatan Harapan sebeum mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia ada membuat satu manifesto berkenaan pemberian subsidi minyak petrol. Menurut Buku Harapan, subsidi petrol hanya diberikan kepada golongan B40 sahaja.
Sebelum ini, kerajaan telah membelanjakan hampir sebahagian bajet tahunan untuk bayaran subsidi petrol sebelum DS Najib Razak memperkenalkan apungan harga minyak berdasarkan harga minyak sedunia.
Selepas memenangi pilihan raya yang lepas, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan harga minyak RON 95 akan kekal pada harga RM2.20 seliter hingga penghujung tahun ini.
Untuk membolehkan kerajaan Pakatan Harapan hari ini menyalurkan subsidi kepada golongan yang sepatutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memperkenalkan kad subsidi bersasar.
Subsidi bersasar untuk Golongan B40
Jika langkah ini berjaya, ia akan diedarkan kepada semua golongan B40 dan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan golongan ini boleh menikmati subsidi yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebarang pemberian secara bersasar ni akan mengambil kira mana-mana langkah yang bersesuaian, lancar, dan mudah.
“Dasar baik kalau pelaksanaan kucar-kacir dan tumbang, hasilnya tak bagus. Kalau memberi subsidi ketika harga minyak naik pula akan membebankan kewangan kerajaan, jadi semua perkara ini harus diteliti,”
Hanya Untuk Petrol RON95
Subsidi bersasar ini hanya untuk minyak petrol Ron 95 atau juga popular dengan panggilan minyak petrol rakyat kerana hanya minyak ini banyak digunakan oleh hampir kesemua rakyat untuk kegunaan kenderaan mereka.
Selain daripada membolehkan subsidi dinikmati oleh golongan yang sepatutnya, subsidi bersasar ini juga membolehkan penyeludupan minyak ke luar negara boleh dikurangkan selepas harga yang tidak seperti sebelum ini.
Perbincangan yang lebih lanjut telah dibuat termasuklah dengan Kementerian Kewangan. Beliau komited bagi merealisasikan perkara ini bagi meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat kini terutama daripada golongan yang berpendapatan rendah atau B40.
Menunaikan subsidi bersasar ini kini menjadi antara tugas yang paling utama bagi menteri ini kerana subsidi bersasar ini merupakan sebahagian daripada manifesto yang diuar-uarkan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.