Minggu ini kecoh tentang perkongsian percutian mewah oleh pengacara dan jutawan cantik, Neelofa yang dikatakan berharga RM200,000 ribu semalam di sebuah hotel  yang terletak di Maldives iaitu The Muraka. Neelofa juga dikatakan antara orang yang ketiga di dunia yang mendapat peluang untuk menetap di hotel serba mewah itu.

The Muraka merupakan hotel mewah yang direka khas dengan rekaan moden dan berteknologi di mana The Muraka akan memberikan anda pengalaman bercuti bersama ikan-ikan di dasar laut yang anda takkan lupakan apabila menjejakkan kaki ke sana. Sesiapa sahaja pasti terpesona dengan kecantikkan hotel bawah laut itu apabila melihat gambar perkongsian pengacara cantik itu!

Bukan sahaja The Muraka yang mempunyai tarikan unik yang mampu membuat anda terpesona dengan kecantikan hotel bawah laut itu malah terdapat banyak lagi tempat-tempat percutian yang menjanjikan anda pengalaman bercutian yang unik dan yang pastinya akan turut membuat anda berpuas hati dengan wang yang anda keluarkan untuk bercuti di tempat-tempat percutian unik yang kami tawarkan kepada anda ini!

#THE CAVES, NEGRIL, JAMAICA.

Jika anda ingin untuk bercuti ke luar negara bersama pasangan anda khususnya buat mereka yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan bercadang untuk membuat kejutan buat pasangan anda dengan ‘candle light dinner’ romantik, kami cadangkan kepada anda untuk memilih The Caves di Jamaica ini kerana anda pasti tidak akan hampa dengan hiasan tempat makan privasi di hotel ini yang sangat menawan dengan perincian uniknya!

Bukan sahaja terkenal dengan kecantikan ruang makan ‘candle light dinner’ privasinya bahkan bilik hotel yang ada di The Cave ini juga tidak akan mengecewakan anda kerana setiap bilik di hotel ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan pemandangan pantai yang membiru dan jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang pasti akan membuat anda kagum dengan kecantikkan alam semula jadi di situ.

Rekaan fabrik batik yang dipilih sebagai fabrik sofa yang menghiasi setiap bilik di hotel ini melengkapkan lagi keanggunan tropika gaya bohemian.

The Caves turut menyediakan vila persendirian buat anda yang inginkan privasi lebih untuk diri anda. Jika anda memilih untuk menginap di vila persendirian yang dipanggil ‘Grand Villa’ ini, anda akan mendapat akses ke semua tempat di The Caves serta pelbagai kemudahan privasi yang disediakan khas buat anda seperti kolam renang, tab kolam panas persendirian, jakuzi, sauna, Aveda spa, dua tempat makan Gazebo, beberapa akses berenang dan tempat berjemur lain.

BACA JUGA :   Senam sekejap banyak faedah

WEBSITE : https://www.thecaveshotel.com/

 

#THE MANTA RESORT, PEMBA ISLAND, TANZANIA.

Jika anda sangka The Muraka yang menjadi tempat penginapan Neelofa itu sahajalah yang menyediakan percutian bawah dasar laut, ternyata anda salah kerana terdapat satu lagi tempat percutian seperti The Muraka dengan konsep yang sama.

The Manta Resort, Pemba Island ini merupakan hotel yang mempunyai dua tingkat di tengah-tengah laut Pemba yang menyediakan bilik hotel terapung. Di mana pada tingkat kedua bangunan hotel unik ini, akan memberi anda peluang untuk melihat terus keindahan pulau Pemba dengan hidupan-hidupan di pulau itu yang akan melalui tingkap bilik anda!

Tarikan bagi hotel ini semestinya terletak pada tingkat kedua yang menempatkan bilik tidur yang berada di bawah dasar laut yang mempunyai dua tingkap besar di setiap sudut bilik bagi membolehkan anda melihat ikan-ikan yang singgah ke bilik anda dengan 360 darjah. Setiap tingkap dalam bilik hotel itu dilengkapi dengan lampu spotlight yang akan menangkap perhatian hidupan laut di sana. Anda juga boleh naik ke tingkat atas pada waktu malam untuk melihat bintang-bintang!

The Manta Resort merupakan pilihan tepat untuk anda yang ‘gilakan’ sukan menyelam kerana di sini mereka turut menyediakan pusat selam yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang anda perlukan daripada bahan kursus menyelam sehinggalah ke peralatan menyelam profesional. Selain itu terdapat juga aktiviti lain yang disediakan di The Manta seperti memancing laut dalam, kayak safari, snorkeling dan banyak lagi.

Selain daripada menyediakan bilik di bawah dasar laut, The Manta juga mempunyai tema bilik yang lain seperti bilik yang berkonsepkan taman yang terletak di belakang sebuah taman hijau yang sangat cantik sekali!

WEBSITE : http://www.themantaresort.com/

 

#AMANGIRI, CANYON POINT, UTAH, USA.

Amangiri merupakan hotel butik mewah lima bintang yang akan membuatkan anda sekali lagi terpegun dengan kecantikan semula jadi dengan pemandangan gurun Utah yang digabungkan bersama ciri-ciri moden yang sangat privasi.

Amangiri mempunyai sebuah kolam renang dengan pemandangan yang sekeliling yang sangat menakjubkan sesuai buat anda yang ingin merehatkan diri berendam di kolam renang dengan pemandangan yang sukar untuk ditemui itu.

Resort ini turut dilengkapi dengan kemudahan spa yang eksklusif seperti pavilion air dengan sauna, ‘floatation therapy pavilion,’ bilik stim, pusat kecergasan dan pavilion yoga khas buat anda yang berkunjung ke sini.

BACA JUGA :   Apa yang Menarik di Saint-Petersburg? Jom Kita Tengok

Amangiri turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung seperti mendaki, rock climbing, ‘canyoneering’ dan berbasikal. Team di Amangiri juga boleh mengajar anda tentang kemahiran asas dan memberikan anda pengenalan kepada ekologi, geologi dan sejarah berkenaan Utah.

Resort ini menawarkan kepada anda lapan jenis bilik yang berlainan jenis dan pemandangan gurun Utah yang sangat mempersonakan!

WEBSITE : https://www.aman.com/resorts/amangiri

 

#KAKLAUTTANEN HOTEL, SAARISELKA, FINLAND.

Hotel ini menjanjikan anda sebuah pengalaman percutian yang anda tidak akan dapat lupakan seumur hidup mana kan tidak ianya menawarkan anda pengalaman percutian di igloo!

Kaklauttanen hotel menjanjikan anda sebuah percutian yang akan memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan cahaya lampu yang dipasang sekeliling bilik igloo anda dan temani dengan cahaya malam bulan dan bintang yang sangat menawan! Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang penginapan seperti ini.

Ia turut mempunyai kemudahan sauna yang terletak di bangunan igloo yang lain untuk anda memanaskan badan anda yang mungkin kesejukkan. Kaklauttanen turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang musim kepada pengunjung disitu antaranya pada musim panas terdapat aktiviti memetik buah berry manakala pada musim guruh mereka aktivti melombong emas dan pada musim sejuk pula anda dapat melakukan aktiviti ‘aurora hunting.’

Menyediakan lapan jenis penginapan berkonsepkan igloo sehinggalah konsep rumah tradisional Inggeris turut ada untuk anda pilih dan percayalah kesemua pilihan yang ditawarkan akan membuat anda susah untuk memilih kerana semuanya cantik-cantik belaka!

WEBISTE : http://www.kakslauttanen.fi/

 

#GLASS FLOOR UDANG HOUSE, BALI, INDONESIA.

Penginapan di bawah dasar laut bertemankan ikan-ikan pastinya anda sudah mengetahui bukan? Tetapi bagaimana pula dengan bilik hotel yang ditemani oleh udang? Pelik bukan?

Hotel yang terletak di Bali ini terletak di atas kolam udang yang akan berenang-renang di bawah lantai cermin bilik anda yang pastinya memberikan sebuah pengalaman yang lain daripada yang lain!

Bukan itu sahaja keunikan terletak pada udang-udang yang berenang berhampiran anda sahaja malah Glass Floor Udang House ini mempunyai bilik mandi ‘outdoor’ dan ‘indoor’ untuk memberikan mendekatkan anda dengan alam semula jadi. Bumbung kaca berjubin di bilik mandi ini akan memberi ruang kepada cahaya semula jadi untuk menjengah masuk ketika anda sedang membersihkan diri sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Anda pasti akan menyukai konsep bali yang diketengahkan dengan bilik yang diperbuat daripada kayu ini.

WEBISTE : http://bambuindah.com/houses/udang-house/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here