Ingin merasai berjalan di pinggiran kota Rusia, memakai baju sejuk dan bina orang salji? Dikelilingi bangunan dan menumen berusia ratusan tahun. Rusia adalah salah satu destinasi utama dari segi pelancongan. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati. Pastikan anda tidak terlepas untuk melawat kesemua tempat ini.

#1. ST. BASIL CATHEDRAL

Merupakan gereja buat penduduk beragama Kristian. Sumber foto: pinterest

Merupakan salah satu mercu tanda Rusia. St. Basil Cathedral merupakan sebuah bangunan yang berwarna warni dan berbentuk seakan kubah. Panorama waktu malam lebih memukau kerana dihiasi lampu malam menjadikan kawasan sekeliling seakan “istana”.

#2. ALEXANDER GARDEN

Sumber foto: wikipedia

Mula diasaskan pada tahun 1823 dan merupakan taman awam. Alexander Garden terletak di ibu kota Moscow dan berkeluasan 2,838 kaki pesegi. Terdapat juga tembok Kremlin yang dibina sepanjang 864 meter. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian dan orang ramai pastinya akan terpukau dengan keindahan di sini.

BACA JUGA :   Tawaran Kemasukan Ke Kursk State Medical University, Rusia Sudah Dibuka Bagi Tahun 2021!

#3. CITY OF HEROES

Sumber foto: History

City of Heroes,Volgograd terletak di bahagian selatan Rusia. Menariknya bagi pengunjung, suhu di kawasan sekitar akan berubah mengikut keadaan semasa. Suhu panas bolh meningkat sehingga 40 darjah Celsius dan sejuk sehingga -40 darjah celcius.

Terdapat juga monumen di bukit dan dibuka buat orang awam. Dari atas, pengunjung dapat melihat bukit yang ditumbuhi tanaman hijau.

#4. KIYEVSKAYA STATION

Seni Bina yang pasti memukau pengunjung ke sini. Sumber foto: rusia

Terletak di Moscow merupakan stesen kereta api bawah tanah yang “mewah”. Bagi pengunjung, pastinya tidak mahu melepaskan peluang menikmati seni bina di sini. Berkonsepkan Reinassance. Seni bina nampak lebih mewah apabila bangunan ini diwarnakan dengan warna emas.

ANDA INGIN KE SINI?

Tahukan anda tempat tarikan ini berada berdekatan dengan Kursk State Medical University?

BACA JUGA :   Pengajian Bidang Penerbangan Awam di Rusia

Bagi anda yang ingin ke sini selalu. Apa kata sambung belajar ke sini terus. Tapi macam mana cara ingin belajar ke sana? Senang sahaja, anda hanya perlu layari Daulah Educonsult dan pihak kami akan menguruskan kemasukan anda ke institut pengajian di sana.

Terus berhubung dengan Daulah Educonsult bagi sebarang pertanyaan. Sumber foto: Daulah Educonsult

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan di Rusia di bawah Daulah Educonsult antaranya perubatan, pergigian dan sebagainya. Jangan risau, universiti di yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Berminat? Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here