Selepas hampir tujuh bulan dibuka kepada orang ramai dan juga organisasi-organisasi swasta untuk menderma kepada ‘Tabung Harapan Malaysia’ akhirnya kutipan akhir derma itu akan dihentikan pada 31 Disember nanti.

sumber : Utusan Online.

Derma yang bertujuan untuk membantu kerajaan menangani isu hutang negara yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan baharu yang bernilai RM1 trilion akibat kes skandal yang melibatkan 1MDB. Setakat 3 petang semalam, kutipan Tabung Harapan Malaysia berjaya mengutip sebanyak RM196,322,746.30 hasil daripada sumbangan rakyat, syarikat-syarikat swasta serta dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

“Kami juga merafak sembah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di atas sumbangan baginda kepada Tabung Harapan Malaysia,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

BACA JUGA :   Sambutan "Hambar" Rakyat Malaysia Pada Hari Pertama SST

Walaupun nilai yang berjaya dikutip tidak dapat menampung nilai keseluruhan hutang negara yang harus ditanggung oleh kerajaan, ia bagaimana pun mencermin nilai dan semangat patriotisme rakyat Malaysia untuk bersama-sama kerajaan untuk membantu menyelesaikan hutang negara yang ditinggalkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Lim Guan Eng berkata bahawa Jabatan Audit Negara akan mengaudit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah Tabung Harapan bagi memastikan pengurusan tabung dibuat secara teratur dan berintegriti.

“Pelantikan firma audit luaran oleh Kementerian Kewangan bagi tujuan mengaudit akaun Tabung Harapan dibuat selaras dengan Seksyen 7 Akta Audit 1957.”

Lim Guan Eng turut menjelaskan bahawa kerajaan telah menerima derma sebanyak RM100 juta daripada sebuah syarikat negara asing bagaimana pun telah ditolak oleh pihak kerajaan kerana merasakan tawaran sumbangan tersebut mempunyai motif tertentu serta ingin memastikan sumbangan Tabung Harapan Malaysia adalah berdasarkan keprihatinan kepada situasi hutang negara dan ia dicerminkan dengan penolakan tawaran tersebut.

BACA JUGA :   Projek ECRL Kini Disambung Semula Setelah Kontrak Diberikan Kepada Kroni Mahathir ?

Mereka yang ingin melakukan pendermaan bolehlah lakukannya secepat mungkin sebelum ianya ditutup pada 31 Disember 2018.

“Dengan ini, semua rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan derma bolehlah melakukannya sebelum 31 Disember 2018. Pihak kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma THM yang mendokong pentadbiran kewangan bersih yang bebas dari amalan rasuah,” kata Menteri Kewangan itu.

Tabung Harapan Malaysia telah mula dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohammad pada 30 Mei lalu apabila kerajaan PH berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here