Sudah puas melancong ke negara-negara di Asia Tenggara, apa kata kali ini berkunjung ke negara jiran sahaja. Negara yang di maksudkan ialah Brunei Darulsalam. Negara seumpun ini tidak kurang juga hebatnya. Turut menawarkan pelbagai lokasi yang menarik sekiranya anda ke sini.
Tunggu apa lagi, jom tempah tiket sekarang ke negara tanpa cukai ini!
#1. MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN
Masjid ini merupakan masjid yang cantik dengan ketinggian 171 meter. Ketinggian masjid ini sehingga boleh dilihat dari setiap sudut Bandar Seri Begawan. Kubahnya juga dibina dari emas yang tulen menjadikan masjid ini bersinar apabila dipancar oleh cahaya matahari.
Disekeliling masjid ini juga terdapat buga yang indah seperti “syurga dunia”. Pembinaan masjid ini juga tidak kurang hebatnya. Chandelier masjid ini didatangkan khas dari England, lantai marmar dari Itali manakala karpet masjid ini pula dari Arab Saudi.
#2. JERUDONG PARK
Ingin ke Universal Studio atau ke Disneyland bagi aktiviti yang menarik. Kini anda tidak lagi perlu ke sana kerana Jerudong Park ada segalanya. Taman tema ini mula dibuka pada tahun 1994 dan memakan kos sehingga $1 billion.
Jerudong Park merupakan taman teman yang terbesar di Asia Tenggara. Turut menerima kunjungan daripada mendiang raja pop, Michael Jackson ketika melakukan persembahan di sini.
#3. PASAR MALAM GADONG
Pasar Malam Gadong antara pasar malam yang terbersih di Asia Tenggara. Terdapat pelbagai juadah yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pilih sahaja anda ingin juadah jenis apa, dari grill, bakar dan goreng turut disediakan. Terdapat juga ruangan makan buat pembeli yang ingin makan di sana terus.
#4. ISTANA NURUL IMAN
Istana Nurul Iman antara istana yang tersenarai dalam Guiness Book of Records sebagai kediaman istana raja yang etrbesar di dunia. Terletak berdekatan dengan Sungai Brunei, kubah istana ini dapat dilihat dengan jelas dari Taman Persiaran Damuan. Rekaan dalaman istana ini telah dihasilkan oleh Khuan Chew yang juga terlibat dalam pembinaan menara Burj Khalifa.