Sudahkah anda menjelaskan pinjaman PTPTN? PTPTN bukan lagi kedengaran asing bagi mahasiswa yang melanjutkan pengajian tinggi. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih mesra didengar PTPTN. PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 556). Fungsi utamanya ialah menguruskan kewangan serta pinjaman pelajaran pendidikan tinggi. PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan “Skim Pendidikan Simpanan Nasional” bagi pendidikan anak muda pada masa yang akan datang.

Belanjawan yang diperkenalkan baru-baru ini jelas memberi impak pada graduan yang baharu bekerja. Sumber foto: HAWA Blog

Baru-baru ini, kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan belanjawan 2019 dan jelas memberi impak kepada anak muda. Bagi peminjam yang berpendapatan minimum RM1,000 kini boleh menjelaskan bayaran pinjaman. Sejujurnya, pembayaran pinjaman ini secara tidak langsung membebankan graduan yang masih setahun jagung dalam industri pekerjaan.

BACA JUGA :   Ini Kesan Jika Peminjam PTPTN Tidak Kemaskini Butiran Pendapatan Dalam Tempoh 9 Hari

 

Peminjam boleh menjelaskan bayaran di kaunter PTPTN atau menerusi transaksi dalam talian. Sumber foto: FMT

Sejujurnya, para graduan yang baharu sahaja memulakan alam pekerjaan mereka. Hal ini demikian kerana, sifat ingin berdikari pastinya terganggu kerana sumber pendapatan yang tidak mencukupi lebih-lebih lagi bagi graduan yang bekerja di kawasan bandar.

Perkara ini bercanggah dengan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Polisi potongan gaji sebanyak dua peratus hingga 5 peratus kepada peminjam berpendapatan RM1,000 dan ke atas sangat membebankan anak muda khususnya graduan muda yang terpaksa ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka menamatkan pengajian.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here