Sejarah Domino’s Pizza bermula apabila diasaskan oleh dua beradik iaitu Tom dan James Monaghan dengan modal permulaan sebanyak AS$900 (RM3,736.44). Modal ini digunakan oleh mereka bagi membeli kedai pizza yang bernama DomiNick pada tahun 1960.

Pada tahun berikutnya, James telah menjual separuh dari saham perniagannya kepada Tom Monaghan. Ini telah menjadikan Tom menjadi pemilik tunggal syarikat. Tahun 1065, Tom Monaghan telah membuat penjenaam semula apbila menukar nama perniagaannya kepada Dominos Pizza Inc.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1997, permintaan Domino’s Pizza mula berkembang saban tahun. Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Shamsul Amree berkata, dari segi penguasaan pasaran, Domino’s berada pada kedudukan pertama di Malaysia, dalam segmen tempahan piza atas talian berbanding pesaing lain. Perkara ini juga telah menjadikan perniagaan ini mampu bertapak di Malaysia hampir 21 tahun.

BACA JUGA :   RASAI KEENAKAN MAKANAN BARAT DI PERAK
Domino’s Pizza kini kembali dengan pelbagai tawaran yang menarik. Sumber foto: Dominos Pizza

Domino’s Pizza kini mengekalkan kualiti perniagaan yang baharu, It’s All About You. Maksud sebenar It’s All About You menjelaskan bahawa syarikat amat “komited terhadap khidmat yang diberikan kepada pelanggan. Melalui ini, Domino’s Pizza juga menawarkan pakej pizza “mampu beli” oleh pelanggan. Ini merupakan strategi pemasaran yang baharu diperkenalkan oleh syarikat ini bagi meraih lebih ramai pelanggan.

Pelanggan kini boleh boleh mendapat satu pizza percuma jika penghantaran pizza melebihi dari waktu yang ditetapkan. Sumber foto: Dominos Pizza

Domino’s Pizza kini mempunyai lebih 13,00 cawangan restoran di seluruh negara merangkumi negara dari Asia Tenggara. Di Malaysia sendiri, Domino’s Pizza mempunyai 223 rangkaian manakala 29 kedai di Singapura dengan lebih 4,000 kakitangan pekerja. Cara penyediaan Domino’s Pizza juga berkhasiat di mana seluruh penyediaan jenis masakan menggunakan ketuhar.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here