Nampak gayanya aplikasi penstriman filem yang telah mencipta fenomena penstriman di seluruh dunia iaitu Netflix bakal mempunyai pesaingan yang sangat sengit sebaik sahaja Disney melancarkan aplikasi penstrimannya sendiri yang disahkan sebagai “Disney+”.

Disney akan mula melancarkan aplikasi penstriman milik Disney+ itu pada hujung tahun hadapan dan CEO Disney, Bob Iger telah mengesahkan pada tahun 2017 bahawa Disney akan menarik semula kesemua siri animasi dan filem-filem keluaran Disney yang telah diberikan hak tayangan kepada Netflix berkuat kuasa 2019 nanti sebaik mereka melancarkan penstriman sendiri nanti.

Disney turut meriliskan jenama bagi aplikasi penstriman itu bersertakan logo Disney+. Logo bagi Disney+ itu tidak banyak yang diubah bahkan meniru semula font klasik yang digunakan dalam semua perkhidmatan lain syarikat, menggabungkannya dengan bintang yang terbang di atas istana dalam logo studio. Di hujung laluan bintang pula ditambah dengan tanda ‘tambah.’

Servis penstriman itu turut membawa perincian baru bagi filem dan rancangan keluaran Disney termasuklah siri Marvel dan Star Wars. Peminat Marvel bagi karakter Loki yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston akan mendapat siri asli di Disney+ nanti. Selain karakter Loki, siri prekeul bagi filem Star Wars ‘Rogue One’ tentang watak Cassian Andor yang dilakonkan oleh Diego Luna turut akan dipanggil pulang ke pangkuan Disney.

BACA JUGA :   KISAH LAGU HANTU ‘LA LLORONA’ DALAM FILEM COCO DIFILEMKAN

“Kembali ke universal Star Wars sangat istimewa untuk saya,

 “Saya mempunyai banyak kenangan tentang kerja hebat yang kami lakukan bersama dan hubungan yang saya buat sepanjang perjalanan. Kami mempunyai pengembaraan hebat di hadapan kami, dan format menarik yang ini akan memberi kami peluang untuk meneroka watak ini dengan lebih mendalam,” kata Diego Luna yang teruja dengan projek mega Disney+ ini.

Selain itu, Disney turut akan melakukan reboot bagi filem francais The High School Musical, siri television bagi Monster Inc. , filem Lady and the Tramp dan juga filem-filem yang lain.

Anda akan dapat menstrim rancangan asli dan filem-filem Disney pada lewat akhir tahun 2019 nanti.

BACA JUGA :   Dua 'Tycoon' Malaysia Ini Kembali Bersaing Sengit Dalam Bisnes Penyiaran TV.

Disney sebelum ini telah membeli Fox dengan bernilai  $71.3 billion secara tunai.

Tahukah Anda?

Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada  Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here