Bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim, telah dipanggil oleh pihak polis tempatan bagi disoal siasat mengenai kes cabul. Sebelum ini, satu laporan telah dibuat yang mengaitkan ahli politik ini. Bagaimanapun, laporan polis ini telak ditarik semula beberapa hari kemudian.  Isu ini telah mendapat perhatian masyarakat untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Kredit Video: Malaysiakini

Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas gagal hadir pada prosiding pertuduhan kes dipercayai mencabul gadis bawah umur, Oktober lalu. Waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Abu Hassan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd.

Shahhidan Kassim sebelum ini dalam satu sidang media turut mengakui pernah disoal oleh pihak polis. Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan menafikan bahawa terdapat segelintir yang cuba untuk menjatuhkan beliau. Ahli politik berusia 67 tahun kini memegang jawatan sebagai  Ahli Parlimen di Arau, Perlis.

Sebelum ini juga, laporan polis yang dibuat mengatakan bahawa seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 15 tahun dilihat berdua-duaan bersama Shahidan Kassim di dalam kereta. Ini secara tidak langsung memberi imej buruk dan kes berprofil tinggi ini akan dibicarakan semula pada Isnin hadapan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here