Kemalangan berlaku tak kira tempat dan masa. Bila-bila masa kemalangan ni boleh berlaku sampaikan anda sendiri tak ada masa untuk bersedia. Nak tahu macam mana anda boleh bersedia untuk kecemasan macam ni? Teruskan pembacaan anda…

Antara kecederaan yang paling kerap berlaku adalah luka yang menyebabkan pendarahan. Luka ini ada pelbagai jenis yang boleh dikategorikan mengikut tahap keseriusan dan banyak mana darah yang keluar.

Jenis luka yang sering berlaku adalah luka terhiris, luka tusukan, luka melepuh, dan calar balar. Ada juga luka yang jarang berlaku seperti luka tembakan dan luka amputasi iaitu anggota terputas daripada badan.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Kalau luka yang terjadi itu hanyalah luka kecil, cukuplah sekadar dicuci sahaja dan di sapu ubat luka atau acriflavine lotion(ubat kuning). Sekiranya ada gatal-gatal atau nanah yang muncul di luka tersebut, bawa ke klinik secepat mungkin.

Tapi, kalau pendarahan daripada luka itu serius, ada beberapa langkah yang boleh anda buat untuk mengurangkan komplikasi akibat luka yang teruk itu.

#1. Hentikan Pendarahan

Paling penting kalau nak merawat luka, pastikan pendarahan dihentikan terlebih dahulu. Macam mana nak hentikan pendarahan? Ada 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu direct pressure dan indirect pressure.

Untuk orang awam, kaedah direct pressure adalah yang paling berkesan. Caranya adalah dengan menekan dengan kuat pada luka tersebut. Tapi jangan main tekan sembarangan! Tekan dengan menggunakan kain yang bersih untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

BACA JUGA :   Doktor Meninggalkan Pesakit Separuh Jalan Semasa Pembedahan
Kaedah yang betul “direct pressure”.

Paling penting, tinggikan anggota yang tersedera melebihi paras jantung. Kalau pendearah berlaku di kaki, minta mangsa untuk berbaring dan tinggikan anggota yang tercedera.

Berapa lama nak kena tekan?

Sebaiknya, tekanan pada luka harus dibuat selama 15 hingga 20 minit. Kalau pendarahan masih belum berhenti selepas 45 minit hingga sejam selepas tekanan dibuat, bawa mangsa terus ke klinik berdekatan.

#2. Tenangkan mangsa

Ada ketika, mangsa yang mengalami kecederaan akan berasa panik. Yalah, siapa yang tak panik kalau ada darah keluar daripada badan mereka. Sebab itu, tenangkan mangsa dengan sebaik mungkin.

Kalau mangsa dah mula panik, lagi susah untuk merawat

Kalau mangsa panik, pendarahan boleh menjadi lebih baik teruk dan boleh menyebabkan keadaan lebih buruk. Jangan bagi mangsa tengok  keadaan kecederaan yang dialaminya. Alihkan perhatian mangsa ke arah lain sebaiknya.

Paling Penting!

Jangan beri mangsa sebarang minuman atau makanan. Itu akan menyebabkan pendarahan susah untuk berhenti.

BACA JUGA :   "Dhaka Medical College" Pilihan Bakal Mahasiswa Perubatan kini

#3. Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik

Jika pendarahan masih belum berhenti, segera bawa mangsa ke hospital atau klinik terdekat! Pendarahan yang tidak dikawal boleh menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan seterusnya menyebabkan kematian!

Pendarahan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat!

Ikuti langkah-langkah ini dan anda boleh menyelamat keadaan seperti seorang hero! dengan ilmu-ilmu ini, anda tidak lagi mnejadi penonton di tepi jalan dan membantu mana yang memerlukan bantuan.

Tahukah Anda?

Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada  Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here