Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan yang peting buat pelajar sekolah yang berumur 17 tahun. Pelajar seterusnya akan menggunakan keputusan peperiksaan ini menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar sekolah menengah diwajibkan menduduki peperiksaan ini bagi meneruskan impian masing-masing.

Menurut laporan daripada Bernama, 421, 706 pelajar mengambil peperiksaan SPM. Peperiksaan telah bermula hari ini sehingga 13 Disember 2018. Calon SPM pada tahun ini adalah terdiri daripada calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (86 peratus), calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan (2.3 peratus), calon Sekolah Menengah Agama Negeri (1.9 peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (0.5 peratus), calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM (3.3 peratus) dan calon persendirian enam peratus.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Atau Gerontologi Di Kursk State Medical University, Rusia Sesi 2021.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee. Sumber foto: the sun daily

Seramai 33,361 peperiksaan sudah dilantik bagi mengawal pelajar sepanjang peperiksaan.  Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik telah membuat kenyataan rasmi bahawa peperiksaan SPM akan diawalkan bermula tahun hadapan. Menurut beliau, peperiksaan akan dilewatkan pada hujung bulan September mahupun awal bulan Oktober.

Ihsan Video: Berita Harian Online

Penukaran peperiksaan ini bagaimanapun masih lagi dalam perancangan kerajaan. Hal ini demikian mengambil kira faktor cuaca bagi pelajar yang belajar di sekolah yang seringkali dilanda bencana alam. Namun begitu, peperiksaan teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan yang berkaitan masih lagi mengikut jadual seperti biasa. Beliau juga turut mengulas, pertukaran peperiksaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan pelajar, pemeriksa serta pegawai yang bertugas ketika peperiksaan.

BACA JUGA :   Rasai Pengalaman Belajar di Maahad Buuth

Tiap-tiap hari kerja dan buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here