Filem animasi kegemaran terbitan Pixar yang sudah memasuki 23 tahun sejak pertama kali ditayangkan pada tahun 1995 ini bakal mengeluarkan sebuah lagi francais ke-empat mereka dan berkemungkinan inilah pengakhiran bagi filem animasi ‘patung bernyawa’ Toy Story yang bakal menemui anda pada tahun hadapan.

Trailer pertama bagi filem ini telah pun dikeluarkan oleh Pixar pada Isnin lalu dan apa yang menariknya pada trailer itu ialah pengenalan kepada watak baru yang akan turut bersama-sama Woody, Buzz dan rakan-rakan untuk mengembaraan yang seterusnya. Menerusi trailer berdurasi 1:26 minit itu menjadi detik pengenalan kepada watak baru yang bernama ‘Forky’ yang pastinya merupakan permainan baru milik pemilik mereka.

BACA JUGA :   Jom menyelami keunikan di Malaysia !

Walaupun melalui trailer yang dikeluarkan itu tidak langsung memberikan gambaran tentang plot atau jalan cerita tentang perjalanan pengembaraan Woody dan rakan-rakannya, difahamkan bahawa plot bagi francais kali ini akan bertemakan percintaan dan pengembaraan untuk menjejak kekasih hati Woody iaitu Bo Peep yang telah dijual semasa jualan halaman yang dilakukan oleh pemilik mereka iaitu Andy pada francais Toy Story 3 yang lalu.

Pixar turut mengeluarkan sebuah lagi trailer yang turut menampilkan dua watak baru iaitu ‘Ducky’ dan ‘Bunny’ yang dipinjamkan suara oleh dua pelawak terkenal Hollywood iaitu Keegan-Michael Key dan Jordan Peele. Apa yang menariknya tentang trailer kedua ini ialah ianya merupakan video reaksi semula yang dilakukan oleh watak Ducky dan Bunny tentang trailer Toy Story 4 yang pertama. Video yang diberikan nama “Teaser Trailer Reaction” turut menampilkan watak utama Toy Story iaitu Woody dan Buzz.

BACA JUGA :   Medical University Of Warsaw Merupakan Universiti Yang Paling Berprestij

Difahamkan bahawa francais ke-empat bagi Toy Story ini sepatutnya mula ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2017 lagi namun bagaimana pun ketika itu masih tiada khabar dan tanda-tanda filem ini dalam pembuatan. Filem Toy Story 4 ini telah pun dijadualkan semula tarikh tayangannya pada musim panas tahun hadapan iaitu pada 21 Jun 2019 (tarikh tayangan bagi UK dan US).

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here