Peminat makanan Korea pastinya tidak mahu melepaskan peluang berkunjung ke restoran Medini’s. bagi penggemar makanan BBQ, Medini’s Barbecue Restaurant memperkenalkan konsep makanan korea. Jom kita lihat apa yang menarik di sini.

#1. RAMUAN SOS

Ramuan sos yang dibuat sendiri oleh pihak Medini’s Barbecue Restaurant.

Kebiasaanya, restoran Korea Barbecue lain pasti membeli sos dari pasaraya. Namun, tidak di Medini’s Barbecue. Menggunakan kepakaran pekerja Medini’s, mereka berjaya mengahasilkan sos hasil tangan mereka sendiri. Sos yang dihidangkan juga terbahagi kepada beberapa perasa seperti pedas, manis, extra pedas, dan banyak lagi.

#2. SEGAR DARI LADANG

Bagi penggemar makanan bakar. Pasti tidak seronok jika bahan bakar berbau dan nampak tidak meyelerakan. Di Medini’s Barbecue Restaurant, kesemua bahan bakar yang disediakan sangat segar. Anda dapat melihat sendiri daging yang kenyal dan segar. Rasa “juicy” daging serta ayam yang sangat empuk.

Ayam dan daging yang diperap sedia untuk dibakar.

#3. RESTORAN YANG LUAS

Ruang restoran yang luas pasti tiada masalah bagi anda sekeluarga ke sini. Tandas juga disediakan buat pelanggan. Paling penting, tandas yang bersih!

Bagi anda yang tidak mahu bersesak dengan pelanggan yang lain, berkunjunglah ke Medini’s Barbecue Restaurant. Bagi anda yang membawa keluarga yang ramai, Medini’s Barbecue Restaurant juga menyediakan enam kerusi dan lebih bagi setiap meja. Anda pilih ingin duduk berapa ramai, Medini’s Barbecue Restaurant akan uruskan.

#4. KATAKAN YA PADA KEJU!

Antara hidangan istimewa dari Medini’s Barbecue Restaurant, sotong pedas serta tiram keju.

Bagi peminat keju, anda tidak rugi datang ke Medini’s Barbecue. Mereka juga mempunyai keunikan makanan yang tersendiri. Menariknya di sini, keju ditaburkan di atas tiram segar yang sedia untuk dibakar. Tunggu apa lagi, jom ke Medini’s Barbecue Restaurant.

#5. AYAM GORENG KOREA WAJIB ADA

Rasa ayam yang ranggup serta pedas pasti membuka selera anda di sini.

Tidak sah kalau semua hidangan ada tanpa ayam goreng Korea ini. Dari jauh nampak seperti ayam Kyochon, malangnya tanggapan anda salah kerana ayam ini dihidang di Medini’s Barbecue Restaurant. Rasa ayam yang empuk dan pedas pasti membuatkan anda rasa ingin tambah lagi.

Bagi sebarang maklumat mengenai Medini’s Barbecue Restaurant, tekan sahaja link di SINI. Bagi anda yang ingin membuat tempahan bagi sebarang majlis, boleh sahaja hubungi pihak pengurusan Medini’s Barbecue Restaurant di talian 03- 4101 9018.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here