Selepas ini anda akan menyaksikan lebih banyak lagi filem animasi terbitan Disney menjadi sebuah filem ‘live-action’ yang akan menemui anda di pawagam pada tahun hadapan kerana Disney dikatakan sedang sibuk untuk melakukan penggambaran filem-filem animasi klasik Disney yang pernah ditayang dahulu menjadi sebuah filem sebenar.

Selepas beberapa pengumuman tentang beberapa lagi filem live-action yang bakal menemui anda tidak lama lagi seperti Aladdin dan  The Little Mermaid, Disney mengesahkan sebuah lagi filem live-action adaptasi daripada filem Dumbo si gajah circus yang bertelinga besar itu.

Twitter : @Disney

Semalam Disney telah mengumumkan perkara berkenaan di laman Twitter mereka dengan mengatakan bahawa trailer rasmi pertama bagi filem Dumbo akan menyusul pada malam hari semalam. Selain daripada melancarkan trailer pertama filem Dumbo, mereka juga akan mendedahkan poster rasmi filem itu.

BACA JUGA :   Kelebihan Mendaftar Program Kursus Bahasa Arab Dengan Daulah Educonsult !

Filem adaptasi daripada animasi klasik Disney ini diarahkan oleh pengarah hebat iaitu Tim Burton yang turut pernah mengarahkan sebuah filem adaptasi klasik Disney iaitu Alice in The Wonderland pada tahun 2010 yang dibintangi Johnny Depp dan seterusnya sekuel bagi filem itu, Alice Through the Looking Glass. Tim Burton turut dibantu oleh Ehren Kruger sebagai penulis skrip dan diarah bersama Derek Frey, Katterlie Frauenfelder dan Justin Springer.

Dumbo versi live-action ini akan berkisahkan tentang seekor gajah (Dumbo) yang diambil untuk bekerja di sebuah circus yang dimana bekas pemilik circus Holt Farrier lakonan Collin Farrell bersama anak-anaknya iaitu Milly (Nico Parker) dan Joe (Finley Hobbins) disuruh oleh pemilik baru circus itu, Max Medici (Danny DeVito) untuk menjaga seekor anak gajah yang baru dilahirkan. Sebaik sahaja orang di dalam circus itu menyedari bahawa Dumbo mempunyai kelebihan untuk terbang, Dumbo terus menjadi tarikan utama di circus itu.

BACA JUGA :   BERSEDIA KE MALAYSIA HADAPI LARANGAN MEROKOK ESOK?

Gajah terbang itu seterusnya mendapat perhatian seorang usahawan V.A Vandevere (Michel Keaton) yang menyewa Dumbo untuk sarkasnya, Dreamland. Dumbo melakukannya dengan baik pada permulaannya, bekerja bersama-sama dengan gimnas tinggi Colette Merchant (Eva Green). Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang tidak dapat dikawal dengan baik apabila Holt menyedari bahawa Dreamland dan Vandevere, tidak begitu baik seperti apa yang mereke kelihatan.

Jika anda sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan cerita gajah terbang yang bertelinga besar ini, Dumbo bakal menemui anda di pawagam dalam masa 4 bulan daripada sekarang!

Nantikan Dumbo pada penghujung bulan Mac 2019 di pawagam.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here