Siapa sahaja yang tidak mengenali usahawan dan juga jutawan cantik molek yang mengusahakan FashionValet dan dUCk iaitu Vivy Yusof bukan? Pastinya jika menyebut tentang ibu berjaya ini kami pasti ramai di luar sana yang menjadikan beliau sebagai ‘girl crush.’

Kisah kejayaan Vivy memang tidak boleh disangkal lagi dengan kejayaan beliau mengusahakan kedai pakaian atas talian dan juga tudung eksklusif yang disertakan dengan charm itik serta barangan kosmetik di bawah jenama dUCk yang menjadi kegemaran setiap wanita bukan sahaja di Malaysia bahkan di Brunei dan Singapura juga sehinggakan sering menjadi liputan beberapa majalah-majalah terkenal negara dan dunia.

Semalam Vivy telah memuat naik beberapa keping gambar soalan peperiksaan STPM menerusi laman sosial Insatagramnya yang menunjukkan kisah kerjayaannya dalam bidang perniagaan telah menjadi ‘case study’ bagi soalan mata pelajaran Perniagaan.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Luar Negara di Bangladesh

Melalui gambar yang dimuat naik semalam menunjukkan bahawa dirinya sendiri tidak menyangka kisah kerjayaannya bakal berada dalam soalan peperiksaan negara dan seolah-olah sedang bermimpi.

Apabila anda menjalani peperiksaan kes dalam peperiksaan kebangsaan, anda perlu duduk seketika dan tertanya-tanya jika anda bermimpi,” tulisnya di laman Instagram miliknya semalam.

“Secara peribadinya, ini adalah satu penghormatan dan saya sangat berterima kasih untuk menjadi ‘temaning’ anda dalam peperiksaan anda hari ini,” tulisnya menerusi laman sosial Instagram milik beliau. 

Vivy juga sempat bergurau dengan berkata bahawa beliau amat berharap supaya calon-calon STPM yang menjawab soalan itu sudah menonton habis siri realiti hidupnya ‘Love, Vivy’ serta melayari laman web FashionValet sehari sebelum hari peperiksaan kertas itu.

BACA JUGA :   Bidang Kejuruteraan di Universiti Luar Negara

Jenama yang diusahakan oleh usahawan ini terus berkembang dengan pembukaan cawangan dUCk terbarunya di Singapura serta baru sahaja meraikan ulang tahun FashionValet yang ke-8 semalam.

Vivy kini dilihat masih aktif menguruskan dan mengendalikan perniagaannya walaupun masih berada dalam tempoh berpantang selepas baru sahaja melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Sarah Ilham Shah pada 10 Oktober lalu hasil perkahwinan bersama suami tercintanya, Fadza Anuar.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here