Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Pakistan pada Ogos lalu, Imran Khan memulakan lawatan rasmi ke Malaysia. Lawatan kerja selama dua hari meliputi perjumpaan dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir serta membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan. Imran Khan menerima undangan daripada Tun Dr. Mahathir bagi mengadakan lawatan tersebut.

Video ihsan daripada Metro TV Ahmad Ihram Ahmad Noor

Menurut laporan daripada Bernama, beliau tiba di Kompleks Bunga Raya Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 11:35 malam semalam. Ketibaan beliau turut disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik, selaku Menteri Pengiring. Diiringi juga oleh Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya dan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Muhammad Nafees Zakaria.

BACA JUGA :   UTP Menang 13 Anugerah Di Ekspo Teknologi Malaysia
Imran Khan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA. Sumber foto: Kosmo

Dalam lawatan rasmi dua hari, Imran Khan dijangka akan mengadakan mensyuarat dengan Tun Dr. Mahathir seterusnya menyaksikan tandatangan Perjanjian Bersama Penghapusan Visa (Separa) antara kerajaan Malaysia dan Pakistan di pejabat Perdana Menteri. Imran Khan juga dijadualkan menghadap Timbalan Yang Dipertua Agong Sultan Nazrin Shah.

Selama di Malaysia, beliau juga akan mengadakan lawatan rasmi ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Pakistan antara rakan dagangan yang ketiga terbesar di Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan. Jumlah dagangan antara dua hala negara ini mencatat RM 5.76 billion dengan peratusan meningkat pada tahun lepas berbanding tahun 2016 iaitu 3.5 peratus.

Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

BACA JUGA :   Kepulangan Pelajar IPT Bermula Hari Ini

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here