Aplikasi tempahan rumah penginapan, Airbnb Isnin lalu mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengatakan keputusan mereka untuk menarik semula kesemua kediaman penginapan yang ditawarkan di Tebing Barat, Israel.

Airbnb dikatakan akan menarik semula kira-kira 200 senarai kediaman yang terdapat di penempatan itu dan keputusan ini dibuat berikutan selepas bertahun-tahun tuduhan ke atas Airbnb bahawa syarikat itu mendapat faedah sewa daripada penempatan haram itu.

Syarikat itu turut mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana syarikat sekalipun tidak patut melakukan sebarang perniagaan dan memperoleh untung daripada penempatan haram itu.

“Ramai di kalangan masyarakat global telah menyatakan bahawa syarikat-syarikat tidak sepatutnya melakukan perniagaan di sini kerana mereka percaya syarikat-syarikat tidak seharusnya mendapat keuntungan di atas tanah di mana orang telah dipindahkan,

Kami membuat kesimpulan bahawa kami harus mengeluarkan senarai di penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki yang merupakan teras pertikaian antara Israel dan Palestin,” kata wakil syarikat penginapan yang makin mendapat sambutan itu. 

Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia sebelum ini pernah mengkritik tindakan Airbnb kerana menyediakan senarai penginapan dan perkhidmatan menyewa penginapan di Tebing Barat itu. Israel bagaimana pun, menganggap penarikan oleh AirBnb itu sesuatu yang ‘memalukan’ serta mengancam tindakan undang-undang.

BACA JUGA :   OIC Sebulat Suara Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Palestin

Menteri Pelancongan Israel, Yariv Levin menganggap keputusan penarikan itu sebagai sebuah ‘diskriminasi’ untuk memboikot Israel. Beliau turut mengarahkan kementeriannya untuk melaksanakan langkah-langkah untuk menghadkan segala aktiviti Airbnb di Israel. Sementara itu beliau akan mewujudkan sebuah program untuk mempromosikan aktiviti pelancongan dan penginapan di penempatan Tebing Barat itu.

Israel juga dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas Airbnb di mahkamah Amerika Syarikat nanti.

Pemimpin Palestin sebelum ini pernah mengirimkan surat kepada syarikat itu untuk menyuruh mereka membuang senarai penginapan yang ditawarkan di penempatan haram itu 3 tahun yang lalu dengan mengatakan dalam surat yang dihantar ke syarikat itu bahawa “Airbnb secara efektif mempromosikan penjajahan haram tanah yang diduduki.”

BACA JUGA :   Perjanjian UAE-ISRAEL Dimeterai -Satu Pengkhianatan

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here