Selepas fenomena promosi 11.11 atau ‘single day’ kini tiba masanya untuk satu lagi promosi besar-besaran yang paling ditunggu-tunggu setiap akhir tahun iaitu ‘Black Friday’ yang bakal membuat anda hilang akal dengan potongan harga daripada jenama-jenama anatarabangsa kegemaran anda!

Inilah baru betul masanya untuk shopping!

Memandangkan Black Friday bakal berlangsung esok (23 Nov), saluran penstriman popular Youtube juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan ‘hadiah’ buat anda tetapi bukanlah dengan potongan harga murah atau apa memandangkan Youtube tidak menjual sebarang barang di laman web mereka.

Apa yang menarik pada Black Friday di Youtube nanti ialah Youtube akan membenarkan anda untuk menonton filem ‘The LEGO Movie’ secara percuma di laman penstriman itu sepanjang satu hari Black Friday akan berlangsung pada esok hari sehinggalah pada Sabtu nanti!

Menarik bukan?

BACA JUGA :   Melancong Sambil Berjimat Di Moscow

Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan akses percuma menonton The Lego Movie ini sangat senang sekali! Anda hanya perlu melayari Youtube pada hari esok dan taipkan “BLACK FRIDAY” atau “LEGO Movie 2.” Selepas itu klik pada iklan yang terpapar “Stream for Free – All Day Today Only!”

Selepas anda tekan butang cari, anda akan dibawa terus untuk menonton trailer rasmi sekuel bagi LEGO Movie 2 yang bakal berada di pawagam tidak lama lagi.

Dalam video itu juga anda akan diberikan pilihan sama ada anda ingin memilih untuk menonton LEGO movie sebagai sebuah iklan bagi menaikkan lagi ‘hype’ bagi LEGO Movie 2 yang bakal berada di pawagam nanti. Dengan memilih pilihan itu, Youtube akan memainkan filem tersebut tanpa sebarang iklan dan gangguan yang sering muncul ketika kita sedang menonton video di Youtube.

BACA JUGA :   Kini Anda Boleh Tonton Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018, Secara Percuma

Anda boleh menikmati filem Box Office percuma keluaran Warner Bros. ini secara percuma sehingga Sabtu (24 Nov) dan anda boleh menonton file ini berulang-ulang kali tanpa had!

Tayangan percuma LEGO Movie pertama ini dilakukan sebagai salah satu usaha promosi Warner Bros. bagi sambungan filem itu yang akan berada di pawagam pada 8 Februari 2019 nanti.

Selain itu, anda juga boleh menyaksikan beberapa lagi filem lain yang akan diberikan akses percuma untuk menonton tanpa had sepanjang Black Friday berlangsung. Antara filem-file lain itu termasuklah ‘Rocky,’ ‘The Terminator,’ ‘ZooKeeper,’ ‘Legally Blonde,’ ‘Legally Blonde 2,’  ‘All Dogs Go to Heaven,’ ‘Dirty Rotten Scoundrels’ dan ‘Agent Cody Banks.’

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan tayangan percuma Black Friday oleh Youtube ini pada cuti hujung minggu nanti!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here