Sultanah Nur Zahirah telah memfailkan saman terhadap journalist Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Clare Rewcastle-Brown merupakan rakyat Sarawak dan juga pengasas serta Editor Sarawak Report. Dua bulan sebelum ini, peguam rasmi Sultanah Nur Zahirah, Datuk Mohd Haaziq Pillay memaklumkan mengenai perkara ini kerana melibatkan konpirasi fitnah terhadap baginda.
Hari pelancaran buku bertajuk ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose di Johor Bharu. Ihsan video dari KiniTV
Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi buku bertajuk ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ mengisahkan skandal yang hangat pernah berlaku di Malaysia. Buku ini mula diterbitkan pada 8 September lalu dan mula dijual pada harga RM80.00.
Menurut sumber dari Bernama, perkara itu disahkan oleh pasukan peguam baginda yang turut memfailkan saman fitnah itu ke atas penerbit buku berkenaan, Gerakbudaya Enterprise dan syarikat percetakannya, Vinlin Press Sdn. Bhd. Pasukan guaman baginda tidak mendedahkan jumlah keseluruhan saman yang dituntut, namun anak guaman telahpun memfailkan pampasan RM 100 juta dalam surat permintaan.
Salah seorang pasukan guaman Sultanah Terengganu Mohd Haaziq telah mengadakan persidangan di pejabatnya. Mohd Haaziq turut mengulas bahawa penerbitan buku ini telah menjadi isu yang hangat kerana melibatkan Sultanah Nur Zahirah serta salah seorang ahli kerabat diraja yang lain.
Edisi kedua buku ini kelihatan agak “berbeza” kerana melibatkan Sultanah Terengganu. Kes akan disebut semula pada 19 Disember kemudian. Kes akan disebut semula di Mahkhamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan fitnah.
Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula.
Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.
Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.