Taman tema 20th Century Fox World merupakan sebahagian daripada Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (GITP). Kos pembinaan telah dimulakan pada tahun 2013 dan dijangka siap pada 2018. Namum begitu proses pembinaan dijangka berakhir pada tahun 2019. Pembinaan yang menelan kos RM2.5 bilion dengan keluasan sebanyak 25 hektar.

Taman tema ini bakal menampilkan lebih daripada 25 konsep filem animasi daripada 20th Century Fox World seperti Ice Age, Blue Sky Rio, Life of Pi, Night at The Museum, Planet of The Apes, Titanic dan banyak lagi.

sumber foto: Extra by Diyanazman

Menurut laporan daripada Reuters, baru-baru ini pemilik kasino Genting Malaysia Bhd telah mengeluarkan saman terhadap Walt Disney dan Twenty-First Fox Inc. Saman yang dikeluarkan sebanyak AS$1 billion (RM4.19 bilion) atas tuduhan melanggar kontrak yang dimeterai pada 2013 bersama Fox Entertainment Group (FEG). Hal ini berikutan kerana FEG dengan bantuan Disney telah memberi lesen kepada Fox World membina pertambahan kepada Kompleks Resort World Genting.

BACA JUGA :   TAMAN TEMA YANG MENARIK HANYA DI MALAYSIA
Sumber foto: genting.com

Pihak plaintif berkata, masalah timbul apabila Fox merancang penangguhan beberapa tahun dalam pembinaan taman tema dan menyebabkan kontrak tersebut terpaksa dirunding semula.

Defendan turut mengeluarkan notis agar kotrak tetap konsisten. Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles ketika Disney sedang bersiap sedia menyempurnakan pembelian aset Fox bernilai AS$71.3 bilion (RM298 bilion) yang dijangka selesai menjelang suku tahun pertama 2019.

Taman tema yang hampir siap. Sumber foto: Berita Harian

Jurucakap rasmi Twentieth Century Fox Film Dan Berger enggan mengulas sebarang kenyataan selaku defendan. Disney merupakan pihak yang mengeluarkan notis bagi menamatkan kontrak tersebut. Sebelum ini, pihak Genting telah membuat pelaburan melebihi AS$750 juta (RM3.1 bilion) di dalam syarikat Fox World.

BACA JUGA :   DISNEY DEDAHKAN TRAILER RASMI BAGI DUMBO ‘LIVE-ACTION’

Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Serlahkan minat usahawan anda bersama Kelas Bisnes. Sumber foto: Kelas Bisnes

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here